September 15, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu 😂. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau 😂.
Ogos 25, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Julai 23, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran 😅. Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.
Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat 😆. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.
Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.

Julai 17, 2021
Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Wifi dekat rumah Ghaz [Zul Ariffin] rosak, so dia terpaksa lepak dekat cafe kak Zetty [Ziana Zain] untuk siapkan kerja dia & submit malam tu jugak. Tapi malangnya cafe kak Zetty dah nak habis waktu operasi & dia terpaksa suruh Ghaz sambung buat kerja dia dekat rumah. Ghaz cuba mintak kak Zetty tutup lambat sikit sebab dia memang terdesak nak kena siapkan paperwork dia. Tambah pulak paperwork tu kena submit malam tu jugak. Sebab tu selagi boleh Ghaz cuba merayu dekat kak Zetty supaya tutup lambat sikit cafe dia. Tapi malangnya, kak Zetty cakap tak boleh sebab dua tiga hari ni cafe dia asyik tutup lambat jer. Staff dia pun dah banyak merungut.
Dalam Ghaz tengah-tengah sibuk berunding dengan kak Zetty, kebetulan Mira [Ruhainis] yang jugak jiran sebelah Ghaz datang singgah cafe kak Zetty untuk tapau kopi. Pada awalnya kak Zetty menolak sebab masa tu kak Zetty memang dah siap-siap kemas barang nak tutup cafe. Tapi disebabkan Mira bagitahu kak Zetty yang dia betul-betul teringin nak minum kopi kak Zetty, maka kak Zetty pun layankan jelah. Ghaz pun apa lagi, dah alang-alang Mira dah datang menyinggah tapau kopi, dia suruh kak Zetty buat kopi Mira slow-slow. Sambil-sambil kak Zetty tengah prepare order Mira, sempatlah Ghaz siapkan kerja dia.
Bila Mira dapat tahu yang Ghaz perlukan wifi untuk siapkan kerja, so Mira pun dengan baik hatinya bagi password wifi rumah dia dekat Ghaz. Ghaz jadi macam terkejut jugak sebenarnya & pada masa yang sama segan pun ada. Almaklumlah, dah lah diorang berdua ni duduk berjiran. Esok lusa bertembung mana nak letak muka 😅. Bila kak Zetty dah nampak Ghaz dah ada password, so dia pun teruskanlah kerja dia untuk tutup cafe.
Masa dekat rumah, Ghaz bagitahu Fendi [Fadhlan Hazim] yang dia dapat password wifi jiran sebelah. Yang Fendi pun jadi macam pelik & tertanya-tanya lah dari mana pulak Ghaz boleh dapat password wifi jiran sebelah. Padahal dekat rumah, Ghaz boleh jer pinjam wifi Fendi kalau dia nak. Tapi slow sikitlah dia punya network. Mungkin sebab tu Ghaz tak nak guna wifi Fendi kat umah agaknyer😅. So, Ghaz pun explain lah dekat Fendi macam mana dia boleh dapat password tu masa dia tengah buat kerja dekat cafe kak Zetty. At the same time masa dekat rumah Mira, Mira bagitahu dekat adik dia [Zana] yang dia bagi password wifi rumah diorang dekat Ghaz. Zana pun marah lah Mira, sebab kalau papa diorang dapat tahu memang masak lah Mira jawabnyer. Dahlah papa dia cukup tak berkenan dengan dua teruna dekat sebelah rumah diorang tu 😂.
Keesokkannya masa Ghaz & Fendi nak pergi kerja, diorang ternampak Mira tengah siram pokok dekat depan rumah. Pada awalnya, Ghaz cuba nak ambil peluang tegur Mira. Tapi bila dah ternampak papa Mira [Uncle Sam] ada sekali dekat situ, terus terbantut niat Ghaz nak menegur. Bukan apa, ayah si Mira tu garang orang nya, mengalahkan harimau. Tambah-tambah bila berdepan dengan lelaki yang cuba nak pikat anak dia. Kalau ikutkan, ramai jugaklah teruna-teruna dekat luar sana kecundang nak pikat Mira gara-gara papa dia. Masa dekat depan rumah tu pun papa Mira dah pandang semacam dah dekat Ghaz & Fendi. Ghaz & Fendi apalagi, memang tak lah nak tunggu dekat depan rumah tu lama-lama. So, diorang pun terus jelah pergi kerja.
Malam tu,Mira bagitahu mama & papa dia yang dia ada interview dekat office senior dia, Fizi [Keith Foo]. Papa Mira pada awalnya macam tak percaya yang Mira pernah ada kawan lelaki masa belajar dulu. Tapi lepas Mira bagitahu yang Fizi tu senior Mira, akhirnya papa Mira lepaskan jugak Mira untuk pergi interview. Keesokkan paginya sebelum pergi kerja, Ghaz dengan Fendi sempat luangkan masa diorang bersenam depan rumah. Kalau ikutkan Ghaz tak nak join Fendi bersenam pagi tu. Tapi dah Fendi paksa, terpaksalah Ghaz turutkan. Dalam diorang berdua tengah sibuk-sibuk bersenam, tiba-tiba Ghaz ternampak Mira keluar. Lawa dia pagi tu. Almaklumlah, nak pergi interview.
Ghaz pun cubalah nak tegur Mira. Tapi malangnya papa Mira tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Ghaz pun jadi gelabahlah sebab dia tahu papa Mira tu garang orangnya. Nak cover line punya pasal, Ghaz saja tukar topik sampai buka langkah silat Ghaz dibuatnya semata-mata nak menyelamatkan diri dari papa Mira 😂. Mira rasa apa yang Ghaz buat tu memang kelakar sangat. Ghaz pun nak tak nak terpaksa tangguhkan niat dia untuk ucap terima kasih dekat Mira. Bersambung...
Julai 07, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Final

Julai 06, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 15

Keesokkannya masa dekat bakeri, Iman tengok Azra badmood sangat pagi tu. So, Iman cuba tanya Azra apa yang dah jadi malam tadi. Nak tak nak Azra pun cerita dengan Iman yang dinner malam tadi memang best & semua berjalan dengan lancar, sampailah satu part bila mana Azim melutut nak bagi hadiah. Azra bagitahu Iman yang Azim cuba buat gimik melamar macam mana yang Joe pernah buat pada Azra. Pada Azra, malam tu Azim cuba nak permainkan Azra. Tapi, Iman rasa Azra mungkin dah salah faham dengan tindakan Azim. Sebab Iman tak rasa yang Azim akan buat sampai macam tu sekali. So untuk dapatkan kepastian tentang apa sebenarnya yang terjadi malam tadi masa dekat Restoran Sedap, Iman pun buat keputusan untuk menelefon Azim. Lepas dah telefon & dapatkan penjelasan Azim, barulah Iman faham yang Azra sebenarnya dah salah faham dengan apa yang Azim dah buat. Mungkin Azra masih trauma pasal hubungan dia dengan Joe sebelum-sebelum ni. Iman nasihatkan Azim supaya mintak maaf & berterus terang dengan Azra.
Lepas jer Azim berbual dengan Iman, Azim telefon Naufal untuk mintak cuti sebab nak settlekan hal antara dia dengan Azra. Disebabkan Naufal rasa bersalah, dia benarkan Azim off hari tu. Azim pun pergilah ke bakeri Azra semata-mata nak pastikan Azra berada dalam keadaan okey. Ternyata sepanjang-panjang hari tu, segala apa yang Azra buat semua serba terkena. Tempahan customers yang dia buat semua tak menjadi. Azra jadi buntu sangat. Iman jadi serba salah bila tengok keadaan Azra macam tu. So, Iman suruh Azra berehat sekejap untuk releasekan tekanan dia. Sambil tu, Iman sempat nasihatkan Azra yang Azra mungkin dah salah faham dengan Azim pasal apa yang dah jadi malam tadi. Azra pun akui apa yang dibuat malam tadi pada Azim agak keterlaluan. Sepatutnya dia kena lebih sabar & tunggu apa yang Azim cuba nak sampaikan pada dia. Hari tu, Iman tutup Imazra Bakeri buat sementara waktu dengan alasan oven bakeri diorang rosak. Dengan bantuan Iman, akhirnya Azra dapat recover dari kesedihan dia.
Malam tu Azra stayback dekat bakeri semata-mata untuk siapkan semua tempahan customer. Iman pun terkejut sangat bila keesokkan paginya dia ternampak Azra tertidur dekat meja masa dia nak bukak kedai. Bila Iman tengok keadaan Azra yang keletihan pagi tu, nak tak nak Iman suruh Azra cuti selama 3 hari. Dalam tempoh 3 hari tu Iman tak bagi Azra jejakkan kaki pun dekat bakeri. Sebab pada Iman, Azra memang perlukan rehat sangat-sangat.
Julai 02, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 14

Masa berjogging pagi tu dengan Izat, Azim bagitahu yang Azra masih belum bersedia untuk teruskan hubungan dengan lebih serius. Lepas Azim berjogging dengan Izat, balek tu dia singgah kejap ke bakeri Azra untuk beli breakfast. Azim cakap dia rindukan Azra. Azra pun cakap perkara yang sama jugak pada Azim. Hujung-hujung, dua-dua tersipu malu 😚.
Actually, tujuan Azim datang jumpa Azra pagi tu sebab dia nak ajak Azra keluar dinner minggu depan dekat Restoran Sedap untuk sambut bithday Azra. Pada awalnya, Azra macam segan nak terima pelawaan Azim tu. Tapi lepas berfikir panjang, akhirnya Azra setuju. Lagipun, Azim ada cakap yang dia ajak Azra keluar bukan hanya sekadar kawan, tapi lebih dari tu. So, mungkin sebab tu Azra sudi terima pelawaan Azim.
Julai 01, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 13

Lepas balik dari jumpa Azim, Azra rasa frust sangat. Dia cuba bagitahu Iman yang dia dah cuba beri ruang pada Azim untuk berterus terang. Tapi Azim pulak macam cuba mengelak. Setiap kali Azra tanya, mesti Azim akan tukar topik. Bila Azim buat macam tu, Azra rasa macam dia bertepuk sebelah tangan. Iman pun nasihatkan Azra supaya beri ruang pada Azim untuk buktikan apa yang dia rasa pada Azra sebab hubungan diorang berdua pun baru jer elok. So, macam tak bagus kalau nak gopoh-gopoh.
Malam esoknya, Azim ajak Azra keluar makan dekat warung. Masa tu diorang berdua masing-masing sempat bertukar-tukar cerita pasal kehidupan & kampung halaman diorang. Bila Azra cakap dekat Azim yang dia dah lama tak balik kampung, so Azim pun offerlah diri dia untuk temankan Azra. Pada awalnya, Azra menolak sebab nak drive ke kampung dia agak jauh jugak. Memandangkan Azim tak kisah, so Azra pun akur jelah.
Hujung minggu tu, Azim pun bawaklah Azra balik ke kampung dia. Masa dekat kampung, Azra memang happy sangat-sangat dengan Azim. Azra rasa berterima kasih sangat pada Azim sebab dia sudi luangkan masa dia untuk bawak Azra balik kampung & at the same time Azra bersyukur yang Azim sudi datang balik berjumpa Azra untuk perbaiki hubungan diorang. Bersambung...
Jun 30, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12

Jun 29, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 11

Keesokan paginya, Azim pergi ke pasar untuk mencari bahan masakan. Masa dekat sana, Azim rasa macam ternampak kelibat Azra. Time tu Azra memang dah perasan dah Azim ada dekat situ. So, selagi boleh dia cuba mengelak dari terserempak dengan Azim. Lepas apa yang jadi malam tu antara dia dengan Joe, Azra masih lagi belum bersedia untuk bersemuka dengan Azim. Sebab dia tahu, Azim mesti akan tanya dia macam-macam soalan pasal lamaran Joe tempoh hari.
Malam tu Azim tak dapat tidur dengan nyenyak sebab dia teringatkan pasal Azra. So, keesokkannya Azim cuba ambik initiatif untuk pergi ke Imazra Bakeri. Pada Azim, mungkin dah sampai masanya untuk dia berjumpa & berbaik-baik semula dengan Azra. Yelah, sampai bila dia nak terus mengelakkkan diri dari Azra. Pagi tu, masa Azim sampai dekat depan kedai, tak sangka Azra menyambut baik kedatangan Azim. Diorang masing-masing bertanya khabar & bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku antara diorang berdua. Azra siap tapaukan desert lagi untuk Azreen & Nisa.
Masa Azim & Azra bersembang, Iman dekat belakang pasang telinga. Iman jadi geram bila dia dapat tahu yang Azra tak ada cerita sikit pun pasal hubungan dia & Joe dekat Azim. Jadi esoknya masa dekat Restoran Sedap, Iman jumpa Azim & ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku antara Azra dengan Joe tanpa pengetahuan Azra. Bila Azim dapat tahu, dia rasa terkejut sebab selama ni dia ingat Azra dah berkahwin dengan Joe. Bersambung...
Jun 28, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10

Akhirnya, Azra & Iman berjaya cari kedai baru untuk tempatkan Imazra Bakeri. Kali ni bakeri Azra memang nampak lebih menonjol & strategik untuk tarik ramai pembeli. Iman pun rasa lega sangat sebab segala yang dia & Azra rancang semua berjaya & berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pagi tu masa Azra & Iman buka bakeri, Azra ada tanya Iman samada dia ada pelawa Shah untuk datang singgah ke Imazra Bakeri ataupun tak. Tapi Iman cakap yang dia dah buat keputusan nak putus dengan Shah, sebab sepanjang perhubungan tu Shah asyik ambik kesempatan dekat Iman. So, Iman rasa lagi baik dia putuskan hubungan dengan Shah supaya dia tak terus jadi mangsa parasit Shah yang jenis suka mengikis duit Iman. Bila Azra dapat tahu, dia macam tak percaya yang perangai Shah macam tu.
Akhirnya, Iman berjaya lepaskan diri dari kehidupan Shah. Pada dia, keputusan untuk berpisah dengan Shah tu satu pilihan yang bijak untuk dia dari terus hidup dengan lelaki yang suka ambik kesempatan dengan kesenangan orang perempuan. Tapi Iman jenis yang cepat move on. So, dia malas nak ambik pasal hubungan dia dengan Shah yang tak ada hala tuju tu. Sambil-sambil luahkan perasaan dekat Azra, tiba-tiba Iman bagitahu dekat Azra pasal perkembangan terkini Azim. Actually Azra dah lama tahu dah sebab Izat ada cerita dekat Azra masa dia datang singgah bakeri beli kuih dengan isteri dia.
Masa Azim tengah rehat, dia tiba-tiba terfikir nak letak satu menu kuih dalam menu Restoran Sedap. So, Azim pun bagi senarai barang yang diperlukan untuk buat kuih tu dekat Naufal. Pada awalnya Naufal macam pelik & tergelak jugak bila Azim cadangkan nama menu tu "Kuih Lopez Azra" sebab pada dia nama tu macam tak kena. Tapi lepas Azim explain sebab kenapa dia nak kreditkan nama Azra dekat menu kuih lopes tu, barulah Naufal faham. So, menu "Kuih Lopes Azra" tu akhirnya diterima baik oleh Naufal. Malam tu, secara tak segaja Azim ternampak Joe keluar dinner dengan perempuan lain dekat Restoran Sedap. Dari situ Azim dah macam pelik. Mana mungkin Joe keluar dengan perempuan lain sedangkan dia dah melamar Azra masa dekat bakeri hari tu. Bersambung...
Jun 27, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9

Jun 25, 2021
Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8

![]() |
| "Kebenaran tu rasanya tenteram,kepalsuan tu rasanya berat" - Iman |


















![Sekitar majlis kejutan sambutan hari jadi Azra Semanis Senyumanmu [Final]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrX5PC6ZEoyA1q7CV-pE2xeq3KvCEreG99SMpGZGgwR9fULkr-Q-DL2BqKtiXBoBm_ZWnTfdWa27tP8kevz3wcUs2vny1H24qhnnNGPIn3OuYlaBA0iU5Rji7Y7XFyz-z90TtwmbhPVw/w640-h344-rw/Picture2.png)
![Azim berterus terang dengan Azra tentang perasaan dia Semanis Senyumanmu [Final]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjE40JTeYDJuKXPR1IcZAclDP30Noajg8mXly_H7cohcrKB7AspG04v1PIy0TSfd-MlseHHBJkIuXMR3ecqmpaEazGYnQ80zbuPKqxjlnpWyRsiLLj1rRCbzu534ByanM65-PwoHl87lw/w640-h332-rw/Picture3.png)
![Majlis pertunangan Azim & Azra Semanis Senyumanmu [Final]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZJlgn4Asmsw3WzV7V8SaXbdZYu3CeaAqF2hK1Vspvcu_EpHL1VWGSvCS6VJ4eL0MLgRhF2lpqTaQ072P_wENZKVJduEfcOIsmSs4WWBSr95tPOA411hr64Q1A5zaEOuktsj58IaYIJA/w640-h338-rw/Picture4.png)
















