Dinner Menu Sarawak Hari Ni 😋

Oktober 07, 2021

Menu Sarawak

Masih belum habis lagi topik Syu pasal bumi kenyalang yer kawan-kawan. Beberapa hari yang lepas Syu ada bercerita pasal parcel kayangan Syu dah sampai. Hari ni Syu nak cerita pulak pasal salah satu menu Sarawak kegemaran yang Syu masak malam ni untuk makan malam, iaitu Mee Kolok. Menu ni memang senang sangat nak prepare tau. Yang penting minyak bawang goreng wajib ada. Bak kata kawan Sarawak Syu yang sorang tu : "Minyak bawang ya penting Syu key molah mee ya nyaman!!". Ayat yang sama diulang-ulang dari tahun lepas masa mintak resepi Mee kolok ni. 


Mee kolok kering
Ni mee kolok kering, Syu tak pasti dekat Semanjung ada jual ke tak ðŸ˜….

Tapi kan memang betul pun tau apa yang kawan Syu cakap. Bila buat Mee Kolok ni, minyak goreng bawang tu antara key ingredient yang jadi penyedapnya kepada Mee Kolok selain dari mee nya😋. Tak kira lah korang buat Mee Kolok ayam mahupun daging. Minyak bawang tu yang penting!!  Nak buat minyak bawang ni, korang cuma perlu gunakan bawang merah &  bawang putih sikit. Bawang-bawang tu kena dimayang halus kemudian digoreng sampai keperang-perangan. Minyaknya tu korang guna untuk gaul dengan mee & bawang gorengnya pulak korang boleh digunakan masa nak garnishing Mee Kolok Ayam tu nanti 😉.


Actually, nak buat Mee Kolok ni tak guna banyak bahan sangat pun. Kalau nak tahu, meh kita tengok bahan-bahan apa yang Syu guna untuk buat Mee Kolok ni. Tapi yang ni versi Syu punya lah yer. Harap orang Sarawak tak marah lah Syu derhaka resepi 😅. Yang Syu buat ni Mee Kolok Ayam. Kalau ikutkan nak buat yang daging punya. Tapi malas pulak nak keluar cari daging kat pasaraya. So, Syu guna mana bahan yang ada jer. Kalau nak sedap better buat Mee Kolok Daging 😋. Baru ada umphhhh...(Peringatan : Skill "agak-agak" digunakan untuk buat Mee Kolok ni yer!!😆)


BAHAN-BAHAN (6 orang makan)

Mee kolok (direbus sehingga al dente)
Isi ayam/daging (telah direbus)
Bawang goreng
Minyak bawang
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Kicap manis
Daun sup
Daun bawang
Taugeh (Dicelur)
Sawi (Dicelur)
Lobak masin
Rempah 3 sekawan (Bunga cengkih, kayu manis & bunga lawang)



Memandangkan ada tetamu frontliner (a.k.a kakak ipar) dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) datang bertandang makan malam, maka kita masaklah lebih sikit. Untuk masak Mee Kolok ni, apa yang perlu korang buat adalah dengan merebus daging ayam/lembu terlebih dahulu untuk buat supnya. Masa nak merebus tu masukkan juga rempah 3 sekawan. Bila dah empuk keluarkan dari kuah sup tu. Kalau buat Mee Kolok Daging, make sure korang potong daging tu nipis-nipis supaya senang nak kunyah 😁. Untuk ayam pulak cuma perlu carik-carikkan jer guna tangan macam nak buat Soto. Lepas tu, kuah rebusan tu tadi korang boleh lah guna untuk buat sup pulak. 



Sup yang Syu buat ni sup simple jer. Air rebusan ayam tadi tu Syu cuma masukkan bawang goreng, bawang putih, black paper, akar daun sup & MAGGIE cukup rasa. Sukatannya macam biasalah, main agak-agak jer. Tak kuasa nak sukat-sukat. Rempah 3 sekawan tak payah bubuh lagi tau. Sebabnya masa merebus ayam tadi dah bubuh siap-siap. Kalau tak nanti, rasa rempah tu akan jadi kuat bila makan dengan mee kolok nanti. Lagipun sup mee kolok cuma lite-lite jer rasanya.


Mee kolok ayam


Lepas dah siap sup, mee, ayam carik & segala sayur semua. Boleh lah get ready untuk plating. Tapi kena buat mee kicapnya dulu. Nak buatnya memang senang sangat. Syu cuma letak minyak bawang dalam satu camca, lada sulah & kicap manis. Kacau-kacau sikit lepas tu gaul bagi sebati dengan mee kolok yang dah dicelur. Kemudian letaklah sayur sawi, taugeh, ayam carik, bawang goreng, lobak masin, daun sup & daun bawang. Dah siap bolehlah ngap dengan sup 😋. Kalau makan dengan sambal kicap memang terangkat tau. 



.........................................................................................................................

HANDPHONE ROSAK? 
SEDIA MEMBANTU ANDA!!

Harga Kompetetif & Berpatutan | Servis Pantas | Ada Service Pickup & Delivery
Lokasi Strategik | Waranti 30-90 Hari | Ruang Menunggu Yang Selesa

HUBUNGI
017-2828089

LOKASI
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor

WAKTU OPERASI
Isnin - Sabtu
11 pagi - 8 malam

WEBSITE

Comments

  1. menariknya tgk mee kolok sarawak ni syu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu dah selit resepi tu kak. Kalau teringin nak rasa akak cubalah buat kat rumah.Hi3😋.

      Padam
  2. Nampak menyelerakan sangat sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lah try buat NJ. Sedap tau. Bahan-bahan pun lebih kurang macam nak buat bihun/mee/kuetiaw sup jer 😋.

      Padam
  3. Sedapnya... kita nk mkn mee kolok kita beli aje.. nk msk xreti..gagaga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu pun tak reti jugak nak buat Mee Kolok ni. Resepi ni pun kawan Syu yang bagi masa sembang-sembang dalam telefon hari tu. Tapi masa nak buat tu ada jugaklah Syu derhaka sikit resepinya 😁.

      Padam
  4. Tak pernah makan mee kolok ni... Tapi unty pernah cuba. Dia kata sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun uncle. Nampak gayanya, boleh geng dengan auntie ni. Hi3 😋.

      Padam
  5. Nampak sedap tu. Senang dah ada stok bahan-bahannya tinggal nak sediakan je. Saya tak pernah lagi makan mi kolok. Nak beli instant macam ni kena try dulu yang asli :)

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Cubalah MY. Sedap. Rasa dia lebih kurang macam Mee Kicap jugak 😋. Cuma Mee Kolok ni dia kering sikit. Tu pasal kena makan dengan sup.

      Padam
  7. minyak bawang tu penting sebab aroma dia wangi. Penambah rasa makanan sebab tu lagi banyak bawang lagi sedap hehe

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!