Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang

Disember 28, 2021

Selesai berkhemah di Taman Eko Rimba Sg.Pauh selama 3H2M, cuti Syu & encik suami masih berbaki lagi 2 hari. Terasa sayang pula kalau habiskan sisa-sisa cuti di rumah saja. Kalau ikutkan niat di hati memang nak terus balik menghala ke Simpang Pulai sebab mood berkhemah jadi spoiled sebab hujan.


Entah macam mana, tiba-tiba datang idea spontan dari encik suami. Ngam-ngam nak sampai di persimpangan Simpang Pulai & Gua Musang, tiba-tiba ditanya - "Kita pergi Kelantan nak?". Yang Syu selamba jelah jawab - "Ikut awak". Ingatkan memain πŸ˜‚. Rupanya dikonanya ke kanan menghala ke Gua Musang. I is redha sajalah.



Sejujurnya perancangan nak pergi ke Kelantan ni memang tak ada langsung dalam senarai percutian Syu laki bini untuk penutup tahun 2021 ni. Kami berdua hanya cuba nasib jer. Sebenarnya, masa dalam perjalanan nak ke Gua Musang tu sempat juga kitaorang bertanya pada abang ipar pasal situasi semasa di Kelantan.


Katanya Kelantan banjir & ada tanah runtuh πŸ˜…. Tapi tak pasti kawasan belah mana. Syu pun ada juga tengok berita & video sumber dari YTube untuk double confirm pasal situasi semasa di sana. Memang ada banjir guys. Berlakunya di kawasan daerah Pasir Mas.


Kelantan


Demi nak menyedapkan hati yang tengah gundah gulana ni, Syu pun cakaplah dekat encik suami - "Kita cuba dulu. Kalau jalan tak okey...kita patah balik tau πŸ˜‚". Padahal dalam hati dah berbelah bahagi samada nak teruskan perjalanan atau nak balik terus.


Tapi bila difikir-fikirkan semula. Kalau balik guna jalan Simpang Pulai pun tetap berisiko juga sebenarnya. Sebab sepanjang-panjang jalan tu anginnya kuat, hujan lebat & berkabus tebal πŸ˜…. Jadi, dua-dua jalan ada risiko. Nak tak nak terpaksa harung juga.



Dalam takut-takut tu, alhamdulillah. Sampai juga akhirnya di negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Lebih kurang 4 jam setengah perjalanan dari Cameron Highland. Sepanjang perjalanan nak ke Kelantan tak ada banjir tanah runtuh segala. Cuma cuaca agak sedikit mendung & ada sedikit hujan renyai.


Walaupun tempoh masa perjalanannya agak lama & jauh, dalam hati Syu bersyukur sangat-sangat sebab perjalanan dari Cameron Higland ke Kelantan berjalan lancar tanpa sebarang masalah & musibah. Malah sepanjang berada di Kelantan cuacanya elok panas. Kalau hujan pun cuma renyai-renyai sahaja. Itu pun hanya pada sebelah malam.




PASAR MALAM WAKAF CHE YEH


Sesampai saja di Kelantan, malam tu kitorang jejakkan kaki terlebih dahulu ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh cari barang pemakan. Sambil-sambil tu suami Syu nak cari dompet baru juga. Sebabnya dompet yang dia pakai dh koyak. Jadi nak tak nak terpaksa bercari dompet baru buat pengganti.

 

Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Kalau nak tahu, pasar malam di Wakaf Che Yeh ni lebih kurang jer macam Gerbang Malam Ipoh juga 😁.Cuma, pasar malamnya lagi meriah & banyak pilihan berbanding Gerbang Malam Ipoh. Dekat pasar malam ni ada bermacam-macam pilihan barangan & makanan yang korang boleh pilih & beli. Kalau masuk memang rambang mata nak berbeli.




CHECK-IN HOTEL


Kalau ikutkan, Syu dah tempah Hotel Mr. J di Booking.com. Tapi dek kerana encik suami nak stay di hotel yang berhampiran dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh, nak tak nak Syu terpaksa batalkan tempahan & buat tempahan baru. Bukan apa, katanya senang nak keluar cari pemakan lagi dekat pasar malam tu kalau lapar.


Dynasty Inn Wakaf Che Yeh


Jadi, malam tu Syu pilih Dynasty Inn Wakaf Che Yeh sebagai tempat kitaorang laki bini bermalam. Memang dekat pun hotelnya dengan pasar malam. Tapi, hujung-hujungnya dua-dua hanyut membuta gara-gara penat punya pasal 😝. 



Hotel ni okey ke tak? Pada Syu, kalau nak tidur semalaman tu kira boleh lah. Tapi, kalau nak tidur bermalam-malam. Syu rasa Hotel Mr.J macam okey lagi jika dibandingkan dengan Dynasty Inn ni. Yang bestnya cuma lokasinya strategik dengan pasar malam jer. Jikalau difikir dari segi kemudahan & keselesaan, sejujurnya Syu boleh bagi 2⭐ sahaja dari 5⭐.





RAMBANG MATA DI PASAR SITI KHADIJAH


Keesokkan harinya kitorang laki bini pun pergilah ke Pasar Siti Khadijah berbeli buah tangan. Ya Allah...memang rambang mata dibuatnya. Terlampau banyak sangat pilihan sampai tak terpilih. Tengok itu nak beli. Tengok nak beli. Tapi misi utama Syu datang ke pasar ni cuma satu jer. Nak beli ragi untuk buat tapai 😁.

 

Setakat ni kan, Syu rasa ragi tapai dekat Kelantan ni saja yang elok & manis. Di Perak Syu masih belum jumpa lagi pembekal mahupun penjual yang jual ragi tapai yang betul-betul elok & rasi dibuat tapai.


Kalau guna ragi yang ada dijual di Perak ni kebanyakkan hasilnya semua masam πŸ˜”. Itu pasal Syu tak berapa yakin nak guna ragi tapai yang ada jual di Perak ni sebabnya Syu pernah terkena. 


Pasar Siti Khadijah
Terlampau banyak sangat pilihan sampai rambang mata dibuatnya πŸ˜….





MISI MENCARI KUIH AKOK


Selesai berbeli barang di Pasar Siti Khadijah, kami berdua laki bini pun memulakan misi mencari kuih akok. Kuih ni memang kuih kegemaran kitaorang berdua. Kalau ikutkan dekat Pasar Malam Simpang Pulai ada jer abang seorang tu berjual kuih akok ni.

 

Tapi saja nak cuba yang di Kelantan ni dia punya rasa macam mana. Jadi, sebelum nak bergerak balik kami berdua singgahlah sekejap ke Pak Weil Akok Salor. Memang sedap kuih akoknya. Sampai ke hari ni teringa-ingat rasanya.



Selain dari Pak Weil Akok Salor ni, ada lagi beberapa kedai yang terkenal jual kuih akok di Kelantan ni. Antaranya :

 

  1. Akok Cikgu
  2. Kak La Akok & Kuih
  3. Kedai Akok Nik Nah
  4. Akok Padang Enggang
  5. Kedai Akok Sohor
  6. Bahulu Akok Beko Kak Pah Kg Tok Khamis
  7. Kedai Akok Jerteh Gong Kemuntong
  8. Akok Pok Long
  9. Akok Kg.Cina
  10. Akok Padang Kala


Pak Weil Akok Salor
Sedap kuih akoknya. Tak manis sangat πŸ˜‹


Pada Syu, kuih akok dari Pak Weil ni memang sedap. Tahap kemanisan kuih akoknya bukan tahap potong kaki. Manis yang sememangnya boleh diterima tekak. Harga pun kira okeylah. 60 sen seketul. Lagipun bukan mudah nak buat kuih ni, tambah-tambah bila masak guna dapur arang. Nak masak tu kira makan masa lah juga.





PERTAMA KALI CUBA PUTU HALBA


Selesai cari akok, Syu teringin sangat nak cuba kuih Putu Halba. Dari dalam kereta asyik terpandang-pandang orang meniaga tepi jalan berjual kuih ni. Syu jadi tertanya-tanya macam mana rasa putu halbanya. Sedap ke tidak. Bila tengok dari segi rupa & cara masaknya lebih kurang macam Kuih Putu Piring.



Kalau korang nak tahu, nama kuih Putu Halba ni pernah ada kontroversi juga tau sekitar tahun 2018 dahulu. Tapi dek kerana mendapat teguran dari Mufti Negeri Kelantan pada masa tu. Nama jolokkan pada kuih Putu Halba tu tidak lagi digunakan lagi sebab boleh mengundang persepsi negatif kepada orang ramai. Nak tahu apa NAMA JOLOKKAN KUIH PUTU HALBA ni? Nanti Syu cerita pada entri yang seterusnya πŸ˜‰πŸ’•.


Putu Halba
Kuihnya sedap. Cuma Syu tak boleh terima bila ada letak biji halba πŸ˜‚. 


Kalau nak tahu, Putu Halba di Kelantan ni memang berbeza sangat jika dibandingkan dengan Putu Piring. Bentuk & rupa memang seakan-seakan sama. Tapi lepas korang makan, korang dapat rasa satu gabungan rasa yang agak luar biasa sebab rasa putunya kuat dengan rasa halba. Malah, teksturnya juga agak melekit sedikit berbanding dengan kuih Putu Piring. Rasa putunya memang sedap dah. Cuma Syu tak berapa berkenan dengan biji halba tu πŸ˜‚. 



Selesai berbeli putu, kami berdua laki bini pun bergerak pulang ke sarang. Tak berani nak tunggu lama-lama dekat negeri orang sebab ada dapat maklumat yang beberapa kawasan di Kelantan dah banjir. Dek kerana tak nak terkandas di negeri orang, ada baiknya kitaorang bergerak balik ke Perak awal sikit.


Kg. Bukit Pulai Chondong


Masa dalam perjalanan balik, sempatlah juga suami Syu bawa menyinggah ke kampung halaman arwah bapa mertua Syu yang terletak di Kampung Bukit Pulai Chondong. Memang cantik kampungnya. Selesai ronda-ronda kampung, baru kitaorang berdua bergerak pulang ke Perak melalui jalan Gerik (Tak berani nak lalu jalan Gua Musang-Simpang Pulai πŸ˜‚. Takut angin kuat & tanah runtuh punya pasal).

Comments

  1. Lama sungguh x gi kelantan... banyak dah perubahan nya ye..!
    Bila la dpt jejak situ lagi?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Syu pun dah lama tak pergi ke sini. Kali terakhir datang Kelantan masa Form 4.
      Betul K.Ret. Memang banyak dah berubah. Cantik dah Kelantan sekarang. Jalan pun elok. Lagi elok dari jalan kat Perak ni πŸ˜‚.

      Padam
  2. Tak pernah lagi sampai Kelantan. Seronok unplan trip macam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok jalan-jalan Kelantan. Dah cantik dah tempatnya 😊❤️.

      Unplanned trip ni memang seronok. Bila terkena cuaca yang tak meredhai tu jer yang mengucar-kacirkan keadaan. Nak berjalan ke mana pun tak dapat πŸ˜‚.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!