Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC) : Dah Upgraded!!

Disember 22, 2021

Korang ingat tak Kopi Jalanan Premium(ESC) yang Syu pernah ceritakan dedulu. Alhamdulillah dah semakin maju perniagaan abang ni lepas diviralkan oleh YTuber Azfar Badrul (AB) selain dapat sokongan dari peminat kopi jalanan di sekitar Ipoh ni. Masa Syu datang beli kopi ni dedulu, abang ni meniaga tepi jalan jer. Mesin espresso pun kecil jer. Sekarang dah siap buka kafe sendiri berjual kopi tau. 


Nak dijadikan cerita, semalam lepas tengok Spiderman : No Way Home (2021), menyinggahlah sekejap berbeli kopi. Syu macam biasalah. Tekak Macchiato 😋. Husband Syu pula cuba Caffe Mocha letak Caramel. Kalau ikutkan adik seorang tu recommend Caffe Latte untuk Syu. Tapi, Syu tak berapa minat sangatlah espresso letak lebih susu ni. 😂 Macam kurang umphhh...Jadi, Syu tetap dengan kopi yang pernah Syu pesan sebelum-sebelum ni iaitu Macchiato.


Kalau diteliti semula kafe abang ni, konsep pemilihan warnanya seakan-akan kiosk Bubble Bee 😁. Bertemakan warna hitam putih & kuning. Cantik. Kena jugalah dengan warna yang ada pada bendera Negeri Perak. Apa-apa pun syabas buat tuan empunya kafe ni. Berjaya juga buka kafe sendiri. Dulu meniaga tepi jalan & tumpang depan kedai makan orang. Kereta pun pakai biashe-biashe jer. Sekarang dah luar biashe. Siap boleh hire pekerja sendiri dah. Terbaiklah. Bukan senang nak senang yedak?



Actually, berdepan dengan station kopi ni ada disediakan ruangan untuk korang lepak-lepak. Tapi terhad kepada 3 meja sahaja sebab ruang kafenya tak berapa besar. Sungguhpun abang ni dah upgrade mesin espresso dia kepada yang lebih besar & heavy duty, tapi dia masih simpan mesin-mesin espressonya yang lama buat kenang-kenangan. Untuk pengetahuan korang, mesin-mesin tu ada diabadikan di satu sudut kafe ni. Kalau korang singgah, bolehlah tengok-tengok sementara nak tunggu kopi korang siap 😊. 


Mesin espresso yang lama abang ni tak jual. Tapi, dia abadikan sebagai kenangan.


Rasa Macchiato nya memang tak mengecewakan. Tetap padu seperti dulu 😋.


Walaupun kopi espresso abang ni dah berwajah baru, tapi harganya tetap mampu milik. Malah rasanya tetap sama macam dulu. Tak menyesal singgah lagi ke sini untuk repeat order. Memang padu teruk kopinya. Harap kepaduan kopi ni kekal sampai bila-bila. Semoga kafe abang ni mampu bergerak seiring dengan kedai-kedai kopi yang terkemuka macam Starbucks nun 😁.


Alhamdulillah. Harga air kopinya masih sama macam masa Syu mula-mula beli dahulu 😊💕.

For those yang masih tercari-cari lokasi kafe abang ni, korang boleh klik pada link ni 👉 ESPRESSO STREET COFFEE. Okey lepas ni serang kedai kopi mana pula yer? Hurmmm...Syu cadang nak cuba Zeus Coffee 😁. Dah ternampak dah kedainya dekat Station 18 ni hari tu.  Nanti dah cuba. Syu up entri pasal Zeus Coffee pula okey.

Comments

  1. wow..menariks. nasib baik jauh, kalu x dah serbu dah. harga pun sgt la affordable. nice. moga terus maju kan.
    emm..sama la, peminat machiato... yum yum!

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!