Shopee Game Best #2 : Shopee Candy

Disember 16, 2021

 Shopee Candy


Selain Shopee PetsShopee Candy ni pun antara salah satu permainan online yang ada dalam aplikasi Shopee. Shopee Candy ni antara Shopee Games yang Syu addicted main selepas Shopee Pets. Cara nak mainnya lebih kurang jer macam korang main Candy Crush. Dalam Shopee Candy ni ada beratus-ratus level yang korang capai tau. Setiap level berbeza-beza cara penyelesaian masalahnya & setiap pergerakkan candy korang juga adalah terhad.



Kiranya korang main bukan setakat mengumpul mata sahaja, tapi pada masa yang sama korang kena selesaikan task yang diminta dengan memanfaatkan jumlah pergerakan yang ada Nampak macam senang. Tapi sebenarnya permainan ni menguji sejauh mana bijaknya korang merancang pergerakkan untuk selesaikan task.



Sekiranya korang dah habis guna pergerakkan yang dibagi tanpa selesaikan task, bermakna korang gagal untuk ke peringkat yang seterusnya. Walaubagaimanapun, korang masih boleh teruskan bermain dengan berbelanja Shopee Coins korang ada. Kalau korang sayang Shopee Coins korang, terpaksalah korang mengaku kalah & ulang sekali lagi level tersebut πŸ˜…. 






FUNGSI SETIAP SPECIAL CANDIES BERBEZA


Untuk dapatkan Special Candies, korang kena susun candy korang dengan susunan yang betul. Lepas tu korang boleh gunakan Special Candies tu untuk musnahkan candy yang korang nak. Tapi korang kena tahu yang setiap fungsi Special Candiesni tak sama yer. Ni fungsi-fungsinya kalau korang nak tahu.


  • Missile Candy : Musnahkan candy secara menegak mahupun mendatar
  • Bom Candy : Meletupkan candy yang berada disekeliling (5x5)
  • Rainbow Candy : Musnah candy yang mempunyai warna yang sama
  • Jelly Fish Candy (ada pada level 151) : Letupkan beberapa candy disekeliling & beberapa candy secara rawak.


Nak dapatkan Special Candy, korang kena suaipadankan candy korang mengikut arragement yang betul & jangan lupa gunakan gabungan teknik Candy Combo yang betul semasa bermain πŸ˜‰πŸ’•. 

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!