Terima Kasihlah Banyak-banyak

Disember 02, 2021

Celik jer mata pagi ni agak terkejut jugaklah sebenarnya lepas baca Whatsapp dari adik bongsu Syu 😲. Text tu actually dia hantar pukul 2 pagi tadi. Masa tu Syu memang dah hanyut dah dibuai mimpi. Dalam Whatsapp tu adik Syu kata abah & mak Syu positif Covid-19. Ahhhh...sudah!! Dapat dari mana? Malam tadi, adik lelaki Syu bawa abah Syu ke hospital sebab sakit yang disangka demam tu melarat-larat sampai ke sakit kepala bagai. Tak sangka pulak boleh sampai kena tahan wad. Ingat demam biasa jer. Lepas buat swab test dekat emergency room, rupa-rupanya abah Syu disahkan positif Covid-19 😔. Bila dapat tahu, nak tak nak semua isi rumah terpaksa dikuarantin termasuklah adik lelaki Syu yang bawa abah Syu ke hospital malam tadi. Lepas tu, mana-mana yang ada kontak rapat dengan abah Syu pun dimaklumkan dalam group Whatsapp supaya buat ujian kendiri.


Mesej dengan kaum kerabat memang macam ni. Salam idak apa idak. 😂 Tahu-tahu uiiittt...tiba-tiba.


Yang hairannya, dari mana abah Syu boleh terkena jangkitan pun tak tahu. Sedangkan dia duduk di kampung bukannya pergi ke mana sangat pun. Mak Syu pun seminggu sekali jer keluar. Itupun kalau ada urusan bisnes dobi dia. Sebelum nak pergi kerja pagi tadi Syu sempatlah telefon mak Syu kejap tanya perkembangan. Sampai lambatlah masuk kerja tadi 😅. Risau punya pasal. Lepas sembang-sembang dengan mak Syu dalam telefon pagi tadi, rupa-rupanya masa hari Jumaat lepas ada yang singgah datang bertandang ke kampung tengok abah Syu 🙎. Dari situlah punca asalnya. Terima kasihlah banyak-banyak yer...pada yang datang bertandang tu.


Thank you


Nak dijadikan cerita, masa hari Jumaat lepas mak & adik bongsu Syu balik ke Ayer Tawar sekejap sebab ada urusan. So, tinggal lah abah Syu di kampung dalam beberapa hari. Masa mak & adik Syu balik kampung, abah Syu cakap dia rasa tak sihat. Dia punya tak sihat tu bawak sampailah ke demam, batuk & sakit kepala sampai dengan mak Syu kena jangkit sekali. Mak & abah ingat demam biasa jer. Sampailah mak terdetik nak tanya abah semalam. Rupa-rupanya sepanjang ketiadaan mak Syu kat kampung, tak sangka pulak ada yang datang menziarah abah Syu. Siapa lagi kalau bukan saudara mara sebelah abah. Katanya, ada yang datang dari Tronoh, Parit, Penang & Sungai Siput. Merata-rata...Rancak!!😏



Pada Syu lah kan, Syu rasa niat nak menziarah tu patutnya diketepikan dulu lah buat sementara waktu. Sebabnya Covid-19 ni masih belum reda lagi. Tambah-tambah ada variant ganas baru muncul. Bukan tak suka & membenci saudara mara datang. Tidak. Siapalah tak seronok dapat jumpa saudara mara boleh peluk cium pipi sembang-sembang kupi-kupi. Cuma bila jadinya satu-satu hal macam ni, kami satu keluargalah kena menghadap di kemudian hari. Tak seronoklah macam tu kan.



Syu rasa, ziarah orang sakit time zaman Covid-19 ni tak berapa relevan & praktikal untuk diamalkan lagi. Yang sakit memang dah tentu-tentu sakit. Yang jadi masalahnya sekarang ni, yang datang menziarah pulak membawa & menambah penyakit. Jangan begitu. Memang korang (saudara mara Syu) sayang & rindu mak & abah  Syu. Tapi, kena ingat juga. Kitorang punya sayang lagi lebih. Bukan nak jadi overprotected macam lagu Britney Spears tu. Jauh sekali tak. Tapi selagi boleh elak, kita cuba elak. Sebab binatang bernama Covid-19 ni susah nak nampak dengan mata kasar. Nak dibunuh apatah lagi. Silap-silap vaksin yang ada pada kita ni pun belum tentu menjamin yang kita ni takkan kena Covid-19. - HARAP SEMUA AHLI KELUARGA SYU TAK ADA APA-APA 🤲🏻

Comments

  1. Moga semua nya segera rembuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin...Terima kasih mendoakan 🤲🏻💕.

      Padam
  2. moga ayah Syu dan ahli keluarga lain cepat sihat... risau kan bila ada yang bertandang berkunjung tapi tak jaga sop... risau sebab org tua kita tu antara yg berisiko tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Dana. Terima kasih mendoakan 🤲🏻💕.
      Betul. Memang risau sangat-sangat. Tambah-tambah macam abah Syu. Dah lah memang sedia-sedia ada penyakit 3 serangkai. Memang berisiko sangat-sangat untuk terkena jangkitan Covid-19 ni 😔.

      Padam
  3. Allah.. Semoga ayah dan ibu kak syu cepat sihat.. Betul kak, zaman sekarang kena penting diri juga dengan ibu bapa kita yang dah lanjut usia ini ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Naim 🤲🏻.
      Kan...terpaksa jadi pentingkan diri sekejap. Walaupun perkataan "pentingkan diri" tu tak ada dalam kamus hidup akak 😔.
      Bukan niat nak membenci & tak suka tetamu datang. Isunya sekarang ni keadaan yang tak berapa nak mengizinkan untuk menerima tetamu. Orang tua ni sensitif dengan binatang bernama Covid-19 ni. Tapi itulah, tak semua orang faham. Kalau tetamu datang kita menolak nanti orang kata kita ni tak memuliakan tetamu pulak. Sejenis perangai yang tak ada empati 😂.

      Padam
  4. Semoga abah n mak syu diberi kesembuhan dari covid ni...
    sabar ye.. pape pun kita doa semoga dedua pun kembali sihat mcm biasa...!!
    Bila orang tua yang kena covid ni mmg kita risau sangat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 🤲🏻 Amin Kak Ret. Betul. Memang risau sangat-sangat. Sebab diorang ni antara golongan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan Covid-19 ni. Kalau ada yang jadi pembawa memang susahlah dibuatnya 😔.

      Padam
  5. Allahu..semoga ayah & mak Syu kembali sihat..

    BalasPadam
  6. Mudah2an mereka cepat sembuh daripada jangkitan C19 ini

    BalasPadam
  7. Ya Allah ya tuhanku kau sembuhkanlah abah kak syu 🤲🏻

    BalasPadam
  8. Allahu syu..moga tabah yer..
    moga mak ayah syu segera sembuh AMin!

    BalasPadam
  9. Semoga dipercepatkan kesembuhan mak dan abah

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!