Hello October!!

Oktober 01, 2021

 
 

Alhamdulillah, hari yang baik untuk permulaan Oktober. Ngam-ngam jatuhnya pada hari penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer hari ni, sejuk-sejuk mendung. Nak kata panas pun tak. Ngam-ngam belaka. Semoga di hari Jumaat yang barakah ni, Allah limpahkan rahmat & rezeki yang mencurah-curah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat Syu tak kira dalam & luar dunia blog. 



Walaupun tak banyak yang berlaku bulan lepas, tapi pagi ni ada dapat perkhabaran gembira & tak berapa nak gembira. Perkhabaran gembira, menang Giveaway Ikan Bilis Salted Egg by Aishah Nizam. Alhamdulillah. Rezeki penghujung September. Khabar tak berapa gembira pulak...Isnin ni kena masuk kerja (Dalam hati : Nak duduk rumah lagi, wu3 😂).



Apa-apa pun, Syu tak mintak lebih. Cuma Syu berharap di bulan Oktober ni semua perkara akan berjalan dengan smooth & tak caca merba, selain sentiasa ditetapkan hati & istiqamah dalam menjaga hubungan Syu dengan Allah S.W.T. Dear October, please don't be harsh with me okay 😊💕!!

What My Bawagian Says

  1. Haipppp biashe dia tu nak lunjur2 kaki je dlm umah. Bangun gi keje.

    Tahniah syu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala...nak cuti lagi 😂. Kenapa tak start tahun depan jer. Ha3.
      Mekaseh Ammi. Rezeki bulan September 😊💕.

      Padam
  2. Wah menang ke..? tahniah syu! terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah kak. Alhamdulillah rezeki penghujung September.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!