Sistem e-Eko Rimba Negeri Pahang : Cara Booking

Oktober 22, 2021

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger Syu sekalian 😘. Sejak balik dari Cameron Highland hari tu, rasa macam malas betul nak buka blog sebabnya penat ber-camping tak habis lagi. Apa-apa pun, seperti yang dijanjikan, hari ni Syu nak cerita sikit macam mana nak buat permohonan beraktiviti di Taman Eko Rimba Negeri Pahang. Untuk makluman korang, siapa-siapa yang ada perancangan nak masuk & bermalam di mana-mana Taman Eko Rimba yang ada di Negeri Pahang, korang digalakkan untuk membuat permohonan terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Tak kiralah samada korang nak buat aktiviti mendaki gunung, team building waima berkhemah sekalipun. Bukan apa, bila ada rekod senang Jabatan Perhutanan nak keep track sekiranya ada individu-individu yang dilaporkan hilang bila buat aktiviti dalam kawasan seliaan diorang. Macam pembayaran tu standard lah kan. Kalau tak ada dana dari kita-kita ni macam mana diorang nak improve & maintain segala fasiliti yang ada dekat situ.



Sekarang ni semua teknologi dihujung jari. Nak buat tempahan apa-apa pun semua melalui online sebab mudah & cepat. Kalau nak tahu, sebarang permohonan permit & booking tapak perkhemahan di Taman Eko Rimba Negeri Pahang ni boleh dibuat secara terus melalui laman Sistem e-Eko Rimba. Tapi kalau korang nak walk-in pun boleh. Tak menjadi masalah. Cuma dikhuatiri tempatnya dah fully reserved dek kaki-kaki campers macam kitorang ni jelah 😁. Tambah-tambah bila korang ada perancangan nak berkhemah dekat situ 😅. Kalau pergi balik hari tak payah booking pun tak apa. Masuk jer entrance, hanya perlu berurusan secara terus melalui kaunter Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highland untuk bayar admission fees.



CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE


Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang | Permohonan
Permohonan boleh dibuat di laman 👉 Sistem e-Eko Rimba


Selepas hantar permohonan, dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan hantar email maklumbalas berkenaan dengan status permohonan korang. Dari situ korang akan tahu samada permohonan korang berjaya atau tidak 😉💕. Kalau korang tak ada terima apa-apa maklumbalas, korang boleh buat semakan melalui Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang. Hanya perlu tekan butang SEMAKAN, masukkan No.Kad Pengenalan & CARI. Nanti akan keluar satu list permohonan yang korang dah submit. Dekat hujung list tu akan dipaparkan STATUS permohonan korang. 

Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang | Semakan
SEMAKAN > Masukkan no. kad pengenalan > CARI

By the way, untuk senarai kawasan ekopelancongan mengikut Daerah di Negeri Pahang, korang boleh layari laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atau korang boleh klik pada Direktori Taman Eko Rimba dalam Sistem e-Eko Rimba tadi. Dekat situ korang boleh tengok maklumat terperinci lokasi berserta gambar sebagai rujukan korang sebelum membuat sebarang tempahan. Ada 27 Taman Eko Rimba di setiap Daerah Negeri Pahang ni yang boleh dikatakan sesuai untuk aktiviti ekopelancongan.


Jadi, korang  boleh survey dahulu tempat yang mana korang berkenan nak pergi. Kalau Syu, Taman Eko Rimba yang ada di Daerah Cameron Highland is the best!! Sebab tempatnya sejuk & dia punya persekitaran tu memang menyegarkan. Yang paling penting masa nak pasang & tutup khemah tu tak ada lah dilema sangat nak kena KETIBAS (a.k.a KETIAK BASAH) macam berkelah kat Teluk Batik nun 😆!!

Comments

  1. syiok dah pergi bercamping.... Ada anak2 kecik camping depan rumah je laaa. Haha

    BalasPadam
  2. seronoknya bercamping. tp saya bukan jenis outdoor sangat so rasa kena pergi glamping yg duduk khemah selesa tu je, tak nak pasang khemah sendiri hehe. last pergi Pahang pun sbb join trip ke Taman Negara. serik dah jungle trekking jumpa pacat >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe. Taknak camping boleh glamping. Siapa yang malas nak bukak pasang khemah bagai boleh try. Dekat Cameron Highland ada satu site kalau tak silap akak. Betul-betul dekat dengan ladang Teh Boh Sungai Palas 😁.

      Padam
  3. Lama dah tak camping.. Menarik juga boleh buat booking macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesetengah Taman Negeri jer kena booking macam ni Sha. Yang dah di privatize kan mungkin boleh walk-in/booking dengan pihak pengurusan.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!