Tuah Dari Sajak "Dania Sayang"

Oktober 20, 2021

Tadi tengahari, Syu dengan officemate perkena nasi kandar Rahamath seorang sebungkus. So, dia punya penangan tu membuatkan mata Syu layu seperti terbang diawang-awangan. Tambah pulak kena angin sejuk aircond yang sepoi-sepoi bahasa dekat dalam office ni. Serius, lalok bhai!! Ha3 😂. Padahal jam masa tu baru nak masuk 3 petang. Dia punya mengantuk tu memang tak boleh bawa bincang. Nak tak nak tahan kan jelah mata. Nak buat macam mana. Dalam tengah dok melayan mengantuk tu, alhamdulillah...sampai sesuatu yang menyegar-bugarkan kembali mata Syu 😁💕. Penyelamat keadaan lah kiranya ni. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampai jugak hadiah dari kak Suria Amanda (SA) kita ni. 



Kalau nak tahu, dalam bulan lepas Syu ada join Giveaway Cipta Sajak bersempena kelahiran anak kak SA, Dania (Nama panjangnya Ainnul Dania Huda 😊💕). Alhamdulillah, tak sangka sajak Syu berjaya menambat hati Dania & terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway tu. Memang rezeki sangat-sangat. Hadiahnya memang comel. Terima kasih tau kak SA & Dania sayang!! (Tiba-tiba teringat sajak hari tu 😅).



Hadiah yang Syu dapat ni lambat sikit sampainya kak SA cakap. Sebabnya masa kak SA nak submit order dekat SHEIN, selection bandar untuk pos ke rumah Syu tak ada 😌!! Jadi, terpaksalah kak SA pos ke rumah dia dulu & pos ke alamat rumah Syu pulak. Kesian kak SA. Dua kali kerja nak kena pos hadiah giveway Syu. Itupun ada hal lain jadi jugak tadi.


Shein | Quilted Snap Button Crossbody Bag
Same goes to you kak SA & Dania . Thanks sangat-sangat. Cantik begnya 😘.

Nak dijadikan cerita, masa Syu tengah sibuk buat discussion dengan bos, Syu received tiga miscall dari nombor yang Syu tak kenal 😅. Masa dia call Syu, Syu pulak tak angkat sebab handphone on silent mode dekat meja. Almaklumlah, kita tengah buat kerja kan. Mana ada masa nak melekap 24 jam dengan handphone pun. Tambah pulak ada bos dekat situ. Kalau jawab jugak, maknanya memang meminta sangat untuk dimaki-makikan. Actually, kalau jawab pun tak ada masalah sebab bos Syu okey & bukan jenis bos yang suka maki-maki. Tapi kita lah yang tak syok. Kerja dengan orang lepas tu buat macam company bapak sendiri. Tak tahu malu namanya tu 😅. Lepas tengok ada misscall, Syu cuba telefon balik. Baru Syu tahu ada abang posmen dari POSLAJU datang nak hantar barang dekat rumah.



Selalunya, kalau Syu order barang dekat Shopee, abang posmen tinggalkan jer dekat atas tembok depan rumah Syu. Tak sangka abang posmen kali ni begitu gigih nak hantar barang sampai ke tangan penerima 😂. Abang posmen tu punya gigih minta alamat office Syu semata-mata nak hantar parcel (Dalam hati : Kalau macam tu, baik aku letak alamat office jer hari tu. Ha3 😂). Nak tak nak Syu share location guna aplikasi Whatsapp dekat abang posmen. Senang dia nak cari. Memang penuh onak & cabaran sungguh hadiah giveway ni nak sampai ke tangan Syu yer 😅.


Shein | Quilted Snap Button Crossbody Bag
Tak tahulah kenapa. Tapi Syu memang in love sangat dengan tali beg ni 😍.

Apa-apa pun, overall Syu memang suka beg yang kak SA bagi dekat Syu. Nak tahu apa yang Syu suka pasal beg ni? TALI dia!! Ha3 😍. Serius, design tali beg ni memang cantik. Dia punya kontra tu memang ngam teruk dengan warna pink beg ni. Design beg pun simple & ringan nak diusung ke sana ke mari. Kenapalah beg ni sampai time dah turun dari Cameron Highland. Kalau tak dah boleh guna buat melaram kat atas sana 😂. Nampak gayanya memang takde rezeki lah nak melaram dengan beg ni masa bercuti hari tu 😅. Tak apa. Kita guna beg ni next time kalau pergi jenjalan nanti!!😉💕

Comments

  1. Tahniah. Untung dapat hadiah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Rezeki dapat hadiah cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah wak. Rezeki yang tak dijangka.
      Betul tu. Memang cantik hadiahnya 😁💕.

      Padam
  3. Alhamdulillah..tahniah! Cantik.

    Kemain gigih ya posmen tu, mungkin tak mau parcel yang dah bawa keluar hari tu bertangguh. Mesti nak serahkan jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Memang salute lah dengan kegigihan abang posmen tu. Sanggup hantar sampai ke office Syu 😊💕.

      Mungkin sebab taknak berangkut dua tiga kali agaknya. Kalau tak silap Syu setiap parcel yang diorang hantar ada komisen untuk satu parcel. Rugilah diorang kalau nak berhantar sampai dua tiga kali 😅.

      Padam
  4. wahhh gigih abg posmen nk pastikn brng smpai kat tgn cust.. haha..
    jrng jumpa abg posmen gigih camni..

    alhamdulillah.. tahniah!
    rezeki dpt beg comel.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Jarang jumpa abang posmen yang ada kegigihan tinggi macam ni 😂.Selalu kalau kena dengan J&T, diorang nampak takde orang ditinggalkan jer barang 😅. Kalau call tak berangkat, dibiarkan jer.

      Alhamdulillah...rezeki. Betul, memang comel begnya 😁💕.

      Padam
  5. Beg ammi warna turquoise.. Dah selamat ada org rasmikan dulu masa dia gi amik vaksin 2nd dose.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau...ada baca hari tu Ammi punya post 😉💕. Warna turqoise pun cantik jugak.
      Syu belum rasmi lagi. Cadang malam ni nak baru pindah barang masuk ke beg ni. Baru nampak sweet sikit bawak pergi jenjalan. Kih3 😁.

      Padam
  6. Alhamdulillah selamat sampai hadiah tu...gigih erk abg posmen...sama sama kasih Syu..thanks tau sudi join...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak. Dah selamat sampai. Cuma belum rasmikan lagi. Hi3 😁💕.

      Padam
  7. Alhamdulillah.. Tahniah Syu..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!