Kenapa Blog Lambat Loading?

Oktober 12, 2021

Assalamualaikum sayang-sayang sekalian. Pejam celik dah hari Selasa dah hari ni yer. Mood Monday blues semalam pun belum habis lagi. Tak tahulah kenapa mood bermalas-malasan weekend tu sampai terbawa-bawa ke hari ni pun tak tahu lah. Buat kerja kat office tetap jalan jugak macam biasa. Cuma otak tu kadang-kadang entah ke mana melayangnyer 😅. Nampak gayanya, weekend ni nak kena keluar beriadah kejap lah. Asyik duduk rumah memanjang pun bosan jugak.



Mungkin pergi ber-camping lagi dekat tepi pantai ke. Tak pun paling senang, buat jer "me time" dekat shopping kompleks. Tak kisahlah tabur duit sikit dekat tudung ke barang make-up ke. Janji keluar rumah. Bukan selalu. Lagipun, nak pergi bercuti ni kadang-kadang bila dah plan elok-elok tak berapa nak jadi. Kalau nak buat tu biar tergempor sikit. Esok nak pergi hari plan. Tak pun hari ni nak pergi, hari ni plan. Baru berhubung sikit sel-sel otak nak memikir 😆.



Harap-harap weekend ni dapatlah buat family outings sikit. Buat luar daerah sikit pun jadilah takat nak lepaskan gian ber-outing. Yang pasti, idaklah sampai nak kena rentas negeri bagai. Yang itu, kita bagi peluang yang duduk  jauh di perantauan balik puas-puas dulu. Ramai yang dah up status nak balik tu!! Rindulah katakan...Nasiblah family Syu duduk dalam satu negeri. Tapi nak balik tetap jugak takut-takut. Okay, tutup ceritanya kat situ. Jauh melalut dah ni 😂.



Sejujurnya, Syu pun tak berapa ingat sejak bila Blogger ni mula bermasalah 😂. Tapi yang pasti, ramai blogger-blogger lain dah banyak kali alami benda-benda macam ni. Termasuk Syu. Hari tu hangat pasal isu nak komen tak boleh. Macam-macam segala mak nenek keluar. ReCAPTCHA lah apa lah. Paling best bila tengah sedap-sedap menaip komen tiba-tiba hilang. Yang ni memang menyirap, sebab Syu sendiri pernah kena. Rasanya sampai ke hari ni masih belum selesai lagi isu pasal komen ni kalau tak silap Syu.



Sebelum ni Reading List Blogger pun pernah mengalami masalah. Kali ni page jadi lambat loading pulak. Dia jadi macam mana nak tahu? Bila Syu nak buat blog walking, sikit punya bercinta dia punya loading nak masuk page tuan tanah. Kadang tu sampai terpaksa cancel sebab terlampau lama sangat ambil masa. Tapi, ada sesetengah blogger yang Syu buat blog walking, tak ada apa-apa masalah pun. Actually, Syu ada jugak baca beberapa artikel pasal blog lambat loading ni. So, Syu share kan sikit point yang Syu dapat dengan korang. Harap bermanfaatlah.


    1. Blog template terlampau berat - Besar kemungkinan template yang korang guna terlalu banyak script, HTML kod, CSS & Javascript.
    2. Gunakan gambar bersaiz besar - Standard size yang patut digunakan sepatutnya berukuran 600 x 400 pixels (Maksimum 200Kb) 
    3. Blog sarat dengan widget - Mungkin sesetengah widget yang korang guna agak berat. Nak tak nak terpaksa jugak buang.
    4. Banyak iklan dipaparkan - Kalau korang set iklan Google Adsense ke auto, mesti tahu. Kadang-kadang diorang letak iklan kat website merata-rata sesedap rasa. Iklannya pulak ada yang lambat loading pulak tu. Yang ni korang ke manage iklan korang dekat Google Adsense.
    5. Hosting atau server Blogger sendiri yang memang bermasalah - Kalau Blogger yang buat hal memang tak boleh nak cakap apa lah. Kena sabar lah banyak-banyak walaupun sabar dah lama hilang .
    6. Terdapat banyak site ERROR - Ni korang boleh cek dengan tekan button F12. Kalau nampak merah-merah tu dia lah tu. Nak buat macam mana? Yang itu Syu sendiri pun tak tahu 😂. 
    7. Terlampau banyak URLs - Hyperlink, backlink segala.

Sekiranya korang ada masalah blog lambat loading, Syu rasa ada baiknya korang cek dahulu satu-satu point yang Syu dah listkan ni. Jangan terus jump to conclusions dengan tukar template blog pulak. Kaji dulu satu-satu tau. Tapi kena bertabah sikitlah yer. Jadi Blogger ni memang kena banyak bersabar 😂. Tambah-tambah bila melibatkan masalah teknikal blog macam ni. Kalau terer tak mengapa. Macam Syu ni jangan cakaplah. Masih merangkak lagi nak belajar pasal dunia Blogger ni. Bila sampai satu tahap korang dah tukar template pun masih tak jalan jugak. Jawapan terakhirnya satu jer - SILA SALAHKAN BLOGGER!! Mesti diorang punya server yang bermasalah 😂. By the way, Syu nak tanya. Blog Syu lambat loading tak? (Sila jujur 😂)

Comments

  1. Saya nak tambah. Mungkin sebab ada JavaScript yang dah tak compatible. Bila Google/Blogger ubah something, mesti akan terkesan kat JS ni. Memang kena check kalau-kalau ada widget masih guna JS tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah. Yang ni betul. Bila sebut pasal JavaScript ni, template yang akak pakai sekarang ni pun macam ada masalah sikit JavaScript nya. Hari tu masa akak run SEO test guna SEO Site Checkup, final result tunjuk yang webpage akak ada dua JavaScript errors :
      (1) SyntaxError: Unexpected token '&'
      (2) SyntaxError: Invalid or unexpected token
      Seriously, yang ni akak tak tahu nak buat macam mana. Ha3 😂.

      Padam
  2. Betul. LH nak blogwalking pun potong mood. Mana taknya dok menunggu loading tapi tak gerak-gerak. Blog syu okay saja. LH bukak laju aje masuknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lah kalau laju. Sejuk hati dengar. Risau jugak kalau lambat loading sebab boleh mempengaruhi mood orang nak masuk blog kita😂.

      Padam
  3. arapnya blog sy xberat.. kalo berat kena sruh blog diet ni..
    bg ringan skit.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, laju masuknya. Tak payah suruh diet. PASS!! Nanti ringan sangat kesian kat dia. Tak pasal2 terbang kena tiup angin. Ha3😂.

      Padam
  4. Ammi view kat phone ok.
    Blog ammi pulak lepas tukar domain posting jadi delay. Ammi post pukul 9pagi, pukul 10.30 Kadang2 baru masuk kat Bloglist kengkawan.

    Tanya kat domain provider katanya itu bukan punya domain.. Itu punca blogger. Huhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang macam tu Ammi. Syu masa mula-mula tukar domain pun jadi macam tu jugak. Ammi kira okay tau. Ada jugak masuk lepas dah published. Macam Syu, tak masuk langsung dekat Reading List 😂. Entah mana ghaibnya pun tak tahu. Memang PV masa tu jatuh teruklah dibuatnya. Tapi Syu tak ingat Syu buat macam mana. Rasanya Syu add domain baru Syu dekat Syu punya reading list section kalau tak silap.

      👉(Reading list> Manage > Add > Letak URL baru > Next)

      Padam
  5. Memang putus angin dibuatnya kalau loading lambat. Jenuh nak tunggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...Kadang tu Syu terpaksa tekan cancel untuk baca post kawan-kawan blogger yang page nya lambat loading. Bukan apa,lama sangat menunggu tak keluar-keluar 😂.

      Padam
  6. Blogger ni kadang-kadang problem tau. Biasanya okey je saya masuk blog orang tp haritu saya nak blogwalk jenguk AbeKie dgn kak Syu ya Allah bercinta tunggu loading. Tapi harini okey pulak. Dah la isu PV jatuh teruk serupa takde orang masuk langsung tu pun belum settle 💆🏻‍♀️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Blogger tengah update & upgrade something agaknya (Husnuzon, tapi dalam hati menyumpah 😂). Mungkin sebab page lambat loading ni lah punca PV akak menjunam jatuh agaknya. Sedangkan akak sendiri pun malas nak masuk page yang lambat loading, inikan pulak rakan-rakan blogger yang lain.

      Padam
  7. Blog sis lajuu loading. Blog CR ada masalah jugak. Bila dah tukar template baru okay. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah lah kalau laju. Tapi ada jugak rakan blogger lain cakap lambat loading 😂.

      Padam
  8. tu lah,,,blog MY bloglist nye tak bergerak..entah apa la yang tak kena..godek2 kang lain pulak jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita MY. Nak godek bukan-bukan karang lain pulak isu yang timbul. Udahlah tak berapa nak terer sangat pasal coding, html segala 😂.

      Padam
  9. Betul semua point tu dan boleh tambah skit..menggunakan latar berwarna juga boleh mgakibatkan lambat load juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni Syu baru tahu. Mekasih kak 😊💕.

      Padam
  10. Yg tengah syok2 taip komen tetiba hilang tu mmg menyirap...gggrrrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Selalu jugak kena macam tu. Padahal dah tapi panjang-panjang dah 😂. Bila dah hilang mood nak taip balik pun dah ke laut.

      Padam
  11. Blog Syu cepat je loading.

    Blog akak macam ada masalah lambat nak loading. PV bulan ini jatuh merudum jugak.
    Tu yang singgah blog Syu cari solusi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu masuk blog kak Shima elok pulak laju. Tapi guna phone lah 😅.

      Ehhh...Syu punya PV pun sama tau jatuh merudum. Udahlah blog Syu ni blog sendu. Bila PV jatuh, sedih rasa 😢.

      Padam
  12. so far tak lah lambat loading tapi sebulan dua ni line internet mengundang so takde la syak punca dari tempat lain. thanks share kak syu :)

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!