Surat Cinta, Pertama Dari Google Adsense 😂

Oktober 06, 2021

Google Adsense

Kemarin, masa hari pertama masuk kerja memang seronok sangat. Tapi mood jadi spoiled terus dek kerana dua khabar buruk yang Syu & husband kena hadap. Khabar buruk pertama, tuan rumah nak naikkan sewa rumah yang Syu duduk sekarang ni. Selama kitorang duduk dekat rumah ni tak pernah-pernah bagi naik sewa. Lagipun, tuan rumah pernah janji tak nak naikkan sewa masa mula-mula kitorang masuk menyewa. 


Tak sangka pulak semalam lepas balik kerja bini tuan rumah wassup nak naikkan sewa rumah dari RM450 ke RM550. Duit deposit pun kena tambah jugak dalam  RM300. So, untuk bulan depan saja kena bayar dalam RM850. Nampak gayanya, janji dah dicapatilah ni 😂. Deal dengan suaminya okay jer sebelum-sebelum ni. Sejak bini dia yang incharge, bininya pulak yang lebih-lebih. Apalah daya Syu & suami, nak tak nak kena teruskan jelah menyewa sementara nak kumpul duit sikit untuk beli rumah. 



Pada yang mampu, mungkin korang rasa harga sewa rumah RM550 tu murah . Tapi, pada kami laki bini yang golongan B40 ni memang tak berapa nak mampu tau 😞. Dah lah apply rumah Perakku dekat Lembaga Perumahan & Hartanah Perak(LPHP) sampai kesudah tak ada seorang pun yang nak halo-halo. Nak beli rumah harga RM150K ke atas, loan pulak tak lepas.


Nak tak nak terpaksa ambil masa lagi untuk kumpul duit nak beli rumah sendiri. Panjang pulak rungutan Syu kan? Kalau difikirkan susah Syu ni, Syu rasa dekat luar sana mesti ada famili lain yang lebih susah jika dibandingkan dengan Syu. So, apa yang jadi sekarang ni Syu fikir positif jer. Kena percaya, rezeki Allah tu luas. Cuma cepat & lambat jer Allah nak bagi.



By the way, khabar buruk Syu yang kedua pulak adalah melibatkan Google Adsense (GA). Nak dijadikan cerita, malam Isnin hari tu sebelum nak tidur Syu tergerak hati nak baca email. Lama tak buka tau. Sampai tak tahu ada blogger seorang tu wish birthday masa 22hb September hari tu. Terima kasih yer blogger Rabiah. Sorry sangat tau. Baru hari ni akak sempat tengok email yang Rabiah hantar.


Google Adsense
Inilah dia surat cinta dari Google Adsense. Tapi versi alam maya lah 😂.

Pasal email dari GA tu, agak terkejut jugaklah bila Syu baca. Macam kena supend, macam tak pun ada. Sebabnya, earning GA elok jer running macam biasa. Hari-hari ada peningkatan. Tak faham lah GA ni. Banyak no halnya. Syu sempat jugaklah roger Kak Shida untuk tanya pasal hal ni. Almaklumlah, kak Shida kan pernah ada pengalaman pasal GA kena suspended. So, Syu rasa dia blogger yang tepat untuk Syu share & dapatkan pandangan pasal hal ni. Terima kasih yer kak Shida. Pagi-pagi celik mata dah kena layan wassup Syu 😂. Harap tak ada apa-apa lah hendaknya. Nanti ada kelapangan, Syu update lagi pasal GA ni.

What My Bawagian Says

  1. GA ni mmg banyak songeh kan. GA ammi ka blog lama pun kena disabled. lantaklah tak kuasa nak merayu2. Rezeki ada dimana-mana. Insyaallah.

    Tang rumah Syu tu..cari2lah rumah lain kalau ada. Nyampah pulak bila sudu lagi banyak dari kuah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah pasal Ammi. Ada saja yang tak kenanya dengan GA ni 😂. Tak tahulah sampai bila boleh bertahan. Mata ni dah terpandang-pandang dah button REMOVE ADSENSE kat bahagian earnings tu. Tapi nak remove tak sampai hati pulak. Beria-ria mohon bagai nak aok, tiba-tiba Syu remove. Satu kegagalan pada Syu tau kalau Syu buat macam tu 😂.

      Memang ada plan nak pindah rumah pun Ammi. Tak lalu lah nak sewa rumah dengan owner yang banyak akal ni. Lagipun, Syu menyewa rumah dia bukan Syu ni duduk-duduk saja makan tido. Segala isi dalam & luar rumah Syu jaga. Bila owner dah start nak main-main harga, nampak gayanya memang kena angkat kaki lah 😞.

      Padam
  2. tak kena suspend tp ada la page tu langgar polisi diorang. try buka adsense kat bahagian polisi tu dan betulkan apa yang patut pastu request review. kadang takde benda pun tapi tak tahu kenapa banyak sangat songeh dia.

    BalasPadam
  3. dulu2 ngn nuffnang ok je beriklan kat blog..
    GA ni mmg la.. byk hal.
    yg sy pnya payment kena stop,. tgh tgu surat no pin..
    alahai.. mcm2 hal.. haha

    BalasPadam
  4. Wak tak layan lagi GA ni
    Takpelah takde income
    Buat blog pun untuk suka2 aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu pun berblog untuk suka-suka juga wak. Tapi kalau sambil-sambil tu dapat duit tepi sikit apa salahnya. Nak jugak merasa. Tengok blogger lain buat Syu pun nak buat jugak. Mana tahu ada rezeki. Tak salah kalau mencuba kan. Hi3 😁.

      Padam
  5. Zaman pandemik ni serba serbi semua harga nak naik. Banyak juga kenaikan harga sewa tu Syu. Semoga Allah gerakkan hati tuan rumah nak kurangkan semula duit sewa tu. Aaaminn...

    Tak pasti tentang GA tu. GA ni sukar difahami, kadang tak tahu pun sebab apa dan yang mana satu. Kalau terus bagi details senang jugak nak check. Tapi ada je iklan GA kat blog Syu ni. Maknanya hanya report je kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Semua benda nak naik. Koyak poket dibuatnya. Syu ada runding dengan tuan rumah. Tapi nampak gayanya macam tak nak bagi jer. Nak tak nak terpaksalah bayar jugak. Sementara tu Syu cari jugak rumah sewa murah lain yang murah. Kalau bayar sampai dekat RM600 sebulan untuk rumah sendiri tak ngape kak. Ni rumah orang. Rugi rasa.

      Masa Syu dapat email dari GA hari tu, iklan elok jer jalan macam biasa. Serius tak faham dengan GA ni. Banyak akai 😅.

      Padam
  6. Akaun saya dah suspended dah kak syu selama satu bulan :')
    Memang blog untuk suka suka tapi cari duit poket pun tak salah kan kak syu, pastu bila suspended ni keciwa dia ya Allah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. La...yeke? Bila pulak kena suspended nya? Hari tu kan elok meroked naik. No wonderlah bila akak singgah BW tak nampak iklan Adsense dah kat blog Tiqah 😂.

      Aduhai...Banyak akal lah GA ni kadang-kadang kan? Ada saja tak kenanya. Dahlah haloba muncul iklan sana sini kat blog tuan tanah bila set ke auto. Lepas tu sesedap rasa jer suspended orang 😅.

      Padam
  7. hmm tak suka owner macam tu sebab tu sekarang ramai penyewa insist untuk buat tenancy agreement. Kak syu dengan husband try la cari rumah baru kalau macam tu tapi kalau dah rumah tu banyak pro dari cons, better stay tapi request untuk buat tenancy agreement

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!