Soto Simple : Menu Hujung Minggu

Februari 06, 2022

Hari ni dilema jemu makan nasi datang lagi yer kawan-kawan. Tekak ni rasa tertutup nak makan nasi berlauk. Kalau boleh nak makan sesuatu yang berkuah & pedas. Memandangkan stok sambal kicap tauhu bergedil hari tu masih ada lagi dalam peti ais. Maka datanglah idea nak buat Soto. Soto Simple biasa-biasa jer. Pakai campak-campak sesedap rasa tekak. 



Sebenarnya nak buat soto ni bukan susah mana pun. Tambah-tambah Soto yang jenis campak-campak macam ni. Cukup sekadar ada sup, nasi impit, ayam goreng carik, suhun goreng, daun sup & sambal kicap. Kalau rajin korang gorenglah sikit bawang untuk buat bawang goreng letak atas Soto tu. Soto ni kalau ikutkan lagi sedap makan bila ada letak taugeh & kacang tanah. Tapi bila dah tak ada. Kita abaikan saja 😌. Masak mana boleh jer. Asalkan ada & nampak rupa Sotonya.



Untuk sup Soto Bujang ni, Syu gunakan stok rebusan ayam yang mana ayam tu kemudiannya Syu goreng & jadikan ayam carik. Dalam sup tu Syu letaklah rempah 4 sekawan, cukup rasa, lada hitam, halia & bawang. Syu masak jer sup tu sampai menggelegak. Tak ada tumis-tumis segala. Malas 😌.



Nasi impit tu macam biasalah. Guna yang segera jer. Tak kuasa Syu nak buat nasi impit sendiri. Renyah 😂. Lagi jimat masa guna nasi impit segera. Masa raya pun Syu guna yang segera juga. Senang kerja. Jadi untuk tengahari ni menunya Soto Bujang sahaja. Kalau rasa lapar juga nanti pandai-pandailah roger abang Grab & abang FP (Food Panda) 😜.


Comments

  1. Balasan
    1. He2. Mekaseh wak.
      Masak campak-campak jer 😁.

      Padam
  2. bihun dah beli, kentang lak lupa. Eh, bila nak jadik ni. Haha

    BalasPadam
  3. ringkas tapi jadi dah tu, mesti sedap

    BalasPadam
  4. bila tengok ni macam sedap dan teringin pulak nak buat.. tq singgah blog ya.. salam perkenalan dari Ceritaita juga..

    BalasPadam
  5. Buatlah.Lagipun masak soto tak susah mana 😁.

    Sama-sama. Terima kasih jugak sebab sudi berbalas kunjungan di syuderis.com 😊💕.

    BalasPadam
  6. Fav ni. Puas makan kalau buat sendiri. Campak campak siap je kan. Tapi itulah, fikir sorang je makan jadi malas nak buat. huhu...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!