Terima Kasih Daun Keladi!!

April 25, 2021

Hari ni agak monday blues yer kengkawan. Tambah pulak kerja dekat office menimbun. Materials nak kena record, claim pulak nak kena submit. Haiyaaaaa....stress guwe!! Tapi nak tak nak terpaksa lah hadap jugak kan. Dah periuk nasi kita😂.

Masa balik kerja, ngam-ngam sampai rumah ternampak sampul putih ni. Ingatkan surat Indah Water ke bill api ke...rupa-rupanya dapat gift masa join GRBSRB hari tu. Hati manyak syiok la sikit. Maklum lah, dah lama jugak tak dapat kad raya ni!! 


Sungguhpun tak menang GA. Dapat gift yang macam ni pun dah cukup sentimental bagi Syu. By the way, terima kasih tau K.Shida!! Cantik kad rayanyer. Boleh lah Syu tepek kat dinding buat hiasan raya ni nanti. Nampak juga bukti penyertaan memeriahkan blog.

💕 Terima kasih K.Shida!!
Simple but nice!!😘
😆Ni yang jadi bersemangat nak raya ni!!

 Walaupun masih lagi dalam bulan puasa, nak belanja pantun raya sikit boleh??😃Alah...kasi lah chance sikit...mood raya baru nak on ni...

Rentas negeri raya ni di larang sama sekali,
Pelan balik kampung jumpa mak ayah semua tak jadi,
Jangan diturutkan rasa hati,
Risau terbitnya kluster aidilfitri

Kad raya diterima pengubat rasa
Buat penghilang gundah gulana
Andai tingkahku pernah buat mu terasa
Jari ku susun maaf dipinta

Terima kasih daun keladi!! Ada giveaway boleh join lagi!!😚

Comments

  1. Dah sampai dah kad raya dia hehehe.
    Cantikk kan kad raya daripada kak Shida :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai dahhhh...Shantek syangat!!😚💕

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!