Apam Mekar Unicorn (Sukatan Cawan)

September 20, 2021

Apam Mekar Unicorn

Petang-petang ni tiba-tiba rasa rajin pulak nak buat kuih. Memandangkan barang pun dah sedia-sedia ada dekat dapur. So, Syu pun buatlah apam mekar untuk minum petang hari ni. Saja-saja cuba. Dah lama sangat tak buat. Lagipun, nak buatnya tak susah mana pun. Cuma kalau teknik tu ke laut, mungkin end resultnya akan mengecewakan sikit lah. Apam mekar ni lebih kurang sama jer macam apam soda. Cuma versi Syu ni guna susu & bukan air berkarbonat perisa aiskrim soda. Disebabkan Syu guna warna ala-ala unicorn, jadi Syu nama kan jelah apam mekar unicorn πŸ˜†, 



Actually nak buat apam mekar ni tak susah mana pun. Semua bahan-bahan yang Syu listkan kat bawah ni korang campur & mix jer sampai kembang. Syu pukul bahan-bahan ni semua tak lama mana pun (Anggaran dalam 5-7 minit) sebab Syu buat untuk satu adunan jer. Bila buat tak banyak, masa memukul tu kurang sikit. Misal kata korang nak buat lebih dari satu adunan, korang cuma perlu lebihkan sikit masa memukul. Untuk pengetahuan korang, satu adunan ni boleh lah dapat dalam 18-20 ketul acuan apam yang warna merah tu.


Apam Mekar Unicorn
Berbunga-bunga hati bila tengok apamnya pecah elok. Ni baru betul apam mekar namanya πŸ˜‹.


BAHAN-BAHAN


1 Cwn. (125 g) -  Cawan Tepung gandum

3/4 Cwn. (125g) - Cawan gula pasir/ gula kastor

1/2 Cwn. (95g) - Susu segar

1 Sdk. (Edited : bersamaan 6g yer uncle gedek πŸ˜…) - Ovalette (Syu guna sudu KFC 😁)

1 Sdk. Esen vanilla

1 Biji (Gred B) - Telur ayam

Pewarna makanan (Kuning, merah & purple)

Minyak masak untuk sapu dekat acuan (Kalau pakai papercup, tak payah sapu minyak)


Adunan yang korang dah pukul kembang tu korang bahagikan kepada 4 bahagian & letak pewarna makanan pilihan korang. Macam Syu, Syu pilih warna kuning, merah & purple. Baru nampak macam ala-ala unicorn sikit. Untuk lapisan pertama Syu letak warna putih & warna-warna yang lain Syu letak dekat bahagian atas. Kukus tak payah lama-lama. Dalam 10-15 minit dah cukup. Simple jer bahan-bahannya & cara nak buatnyer kan. So, pada yang nak cuba sila-silakan. Semoga resepi ni bermanfaat. Sebarang pertanyaan boleh drop dekat ruangan komen. Mana boleh jawab, Syu jawab 😁 . Selamat mencuba!!


Apam Mekar Unicorn
Gebu teroks ni 😁.

TIPS


1) Macam mana nak tahu adunan dah betul-betul kembang? 

- Adunan bertukar jadi warna putih & creamy

-Bila ditarik, adunannya tak meleleh & nampak bertanduk




2)  Kalau acuan tak banyak, boleh guna papercup. Tapi kena make sure papercup tu letak dalam acuan. Kalau tak nanti, shape apam tak cantik & adunan senang melimpah bila dituang.

3) Lepas kukus jangan terus buka penutup. Kalau tak nanti apam akan jadi bantat.

4) Masa nak mengukus, api kena kuat. Baru apam akan masak dengan cantik & sekata.

5) Kukus dalam 10-15 minit jer. Tak kisah lah pengukus ada berapa banyak tingkat sekalipun.

Comments

  1. Balasan
    1. Ada time dia jugak Nohas. Bila tak jadi, terpaksa lah bagi tong sampah yang jamahπŸ˜….

      Padam
  2. Cantik mekar dia. Dah lama tak makan apam ni. Haritu dah beli acuannya sekali orang lain kemas dapur, hilang entah ke mana 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kali ni buat elok pulak pecahnyer.

      Halah3.Siapa lah yang kemas dapur tu πŸ˜‚. Buat dalam loyang jelah senang. Janji dapat ngap!!😁

      Padam
  3. cantik.. mmg mekar betol! sedap plak tgknya. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat Ezy Fia. Step nak buat pun tak susah mana. Bahan-bahan pun senang nak dapat πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  4. Cantik dipandang
    tentu sedap dimakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni memang Syu tak nafikan wak.Hi3 😁.

      Padam
  5. wah nampak cantik kejadian apam mekar unicorn , memang sesuai dengan nama unicorn ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat CCL. Mana tahu boleh buat untuk minum petang hari 😁.

      Padam
  6. Cantik betul kejadian apam mekar Syu buat. Bertambah cantik bila buat versi unicorn colours.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak. Kali ni buat apamnya dengan penuh tertib & beradab. Resepi pun tak derhaka πŸ˜‚. Sebelum ni pernah jugak buat. Kejap jadi. Kejap tak jadi πŸ˜…. Kali ni alhamdulillah. Elok mekar setaman.

      Padam
  7. Cantiknya. Ammi ambik resepi ye.. Semua bahan ada kecuali pewarna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh. Silakan Ammi. Sangat-sangat dialukan πŸ˜ŠπŸ’•.

      Buat warna putih saja pun cantik jugak Ammi. Nanti masuk perut tak nampak dah semua color2 ni πŸ˜….

      Padam
  8. Cantiknya...nak makan pun sayang kalau macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!! Nak ngap masuk mulut pun tak sampai hatiπŸ˜‚.

      Padam
  9. Balik kampung mesti ada kuih apam ni. saya tak pernah buat saya makan je sepupu buat haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan. Akak masa kecik-kecik suka sangat makan kuih apam ni. Nak buat tak reti masa tu πŸ˜‚.

      Selalunya, kalau orang tolong buatkan sedap lagi sebenarnya. Ha3 🀣.

      Padam
  10. Geramnya tengok apam mekar unicorn Syu ni. Cantik sungguh kejadiannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. πŸ˜‹πŸ’•Cubalah buat Farrah. Bahan pun mudah jer nak dapat. Mana tahu, Farah buat lagi elok kejadiannya dari Syu πŸ˜‰.

      Padam
  11. Balasan
    1. Ada. Demi uncle gedek saya sanggup pergi ke dapur tolong sukatkan πŸ˜‚.

      1 sd. KFC ovalette = 6g

      Tak buat apam ni, siap uncle!! Ha3 😝.

      Padam
  12. Cantiknya...sayang pulak nak makan haha. Thanks Syu share resepi. Ada masa nanti boleh buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome Miss Nick. Cubalah buat. Syu pun mula-mula rasa sayang jugak nak makan. Tapi dah nak nama pun buat untuk di ngap. Maka dah selamat dah jatuh ke perut tanpa ada rasa sekelumit sayang pun. Ha3.

      Padam
  13. ohh patut la.mamy buat apam ada yg bantat. Gelojoh buka tudung pemgukus rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau buat pau pun sama jugak mamy. Bila dah masak, angkat sekali tray dengan penutupnya. Dalam seminit dua macam tu baru bukak πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  14. wah apam! suka..tapi x pernah buat..takot tak menjadi kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun takut jugak masa nak buat hari tu. Tapi akak redha kan jer. Tak sangka pulak elok kejadiannya πŸ˜†.

      Padam
  15. Cantiknya! Cheq tak reti buat ni hihi πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk perut hilang terus cantiknya πŸ˜‚. Cubalah buat. Pektis mek perfek omputeh kata πŸ˜…. Heeee~

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!