#4 : Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

September 23, 2021

Bila sebut jer pasal buku, memang bohonglah kalau kata tak pernah baca. Masa zaman sekolah rendah dedulu memang rajin membaca sebab Syu jadi Pengawas Pusat Sumber. Time sekolah menengah pun sama. Memang rajin pinjam buku sebab nak penuhkan sinopsis dalam projek NILAM sekolah πŸ˜†. Kalau buku yang Syu pinjam tu membosankan, Syu salin jer sinopsis yang ada tulis dekat belakang buku tu. Nampak tak cengkelatnyer punya perangai 😝. 


Dalam banyak-banyak buku yang Syu pernah baca, Syu paling suka baca satu buku ni. Tajuknya "The Wishing Chair Collection". Buku ni ditulis oleh Enid Blyton. Memang best ceritanya. Dalam buku ni, dirangkumkan kesemua siri-siri "The Wishing Chair" yang pernah diterbitkan. Kalau nak tahu, buku ni menceritakan tentang pengembaraan dua orang budak dengan kerusi ajaib ke alam fantasi yang penuh misteri. Memang best!! Walaupun bukunya tebal, tetap tak jemu baca.

Biarkan Ia Berlalu
Dah jadi tukun dah novel-novel Syu πŸ˜….

Buku kedua yang Syu suka baca merupakan sebuah novel hasil penulisan Sha Ibrahim yang bertajuk" Biarkan Ia Berlalu". Novel ni Syu beli masa belajar dekat UiTM Shah Alam tahun 2012. Syu pun tak ingat kisahnya pasal apa. Dah lupa dah. Nak kena baca sekali lagi sebab dah lama habis baca πŸ˜‚. Lagipun bukan satu dua novel Syu penah baca. Melambak kot. Novel ni, dia punya tebal jangan cakap lahπŸ˜‚. Nak baca memang sikit punya bercinta. Kalau nak tahu, novel ni kesemuanya ada 98 bab (±1140 muka surat). Memang jenuh nak baca. Tapi disebabkan jalan ceritanya best. So, Syu ambil masa 3 hari jer untuk baca. Dulu time belajar boleh lah nak pulun sebab banyak freetime. Sekarang ni dah tua-tua, baca dua ke tiga muka surat dah mengantukπŸ˜†. 


Panjang pulak entri Syu bercerita pasal buku malam-malam cenggini πŸ˜…. Actually, Syu join satu book giveaway ni. Kalau korang berminat, boleh klik pada banner okay!! Syarat penyertaan pun mudah jer. By the way, Syu sebenarnya tertanya. Fariha Jafri dengan Farhana Jafri ni adik beradik ke? Sebab nama & surname nya lebih kurang sama jer πŸ˜‚. Kalau rajin, tolong jawab jap tuan tanah. Saja nak tahu😁. Good night!! Jangan lupa join giveaway ni tau πŸ˜‰πŸ’•. 


 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Follow blog www.farihajafri.com

2) Follow kedai Shopee emerald_waterfall.

3) Follow akaun social media Farihajafri

4) Publish satu entri bertajuk "Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com"

5) Copy & paste banner kemudian backlink kan ke entri giveaway

6) Ceritakan sikit tentang 2 buah buku terbaik yang pernah korang baca.

7) Tinggalkan link pernyertaan di ruangan komen entri giveaway. 

Comments

  1. goodluck. Cida pun terpikir Farha dan Fariha ni dua beradik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Syu pun tertanya-tanya. Sebab dua-dua nama dah lebih kurang jer nak menyebutnyaπŸ˜…. Farhana. Fariha. Nama ayah sama pulak tu Jafri πŸ˜„. Tu yang nak tahu sangat tu 😁.

      Padam
  2. Salam singgah daripada giveaway yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki untuk kita semua...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html

    BalasPadam
  3. Selamat maju jaya dalam giveaway ni. Membaca jambatan ilmu...

    BalasPadam
  4. ammi pun join juga GA ni..

    tp tulah bila umur dah banyak..ammi ambik masa 1 bulan kadang2 nak habiskan 1 novel. baca 4-5 pages dah ngantuk

    BalasPadam
  5. Selamat bersegmen. Menarik segmen yang dianjurkan.. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Good luck jugak untuk RabiahπŸ˜ŠπŸ’•

      Padam
  7. Semoga berjaya dan selamat membaca syu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nina. Jemputlah join sekali πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  8. Good Luck Syu!
    kak shida pn xjoin lagi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih kak!! Jangan lupa join tau. Meriah sikit bila ramai yang join πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  9. good luck, sy dah lama x baca novel ni. busy 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih Nour. Dah submit penyertaan ke? Kalau belum jom lah join sekali. Baru meriah sikit.

      Syu pun dah lama tak baca novel jugak Nour. Yang noverl Syu tunjuk tu pun baru keluar dari almari. Punya lama simpan baru keluar. Agak lama jugaklah Syu tak berbeli novel. Masa zaman belajar dulu memang rajin berbeli πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  10. Senarai pemenang dah diumumkan untuk Giveaway ni :)
    Terima kasih sudi join dan support.

    Ya adik beradik 😁

    BalasPadam
  11. Sama-sama πŸ’•πŸ˜Š. Hi3. Baru tahu. No wonder lah sir name nya sama 😁.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!