Mood "M" Memanjang

November 18, 2021

Lazy


Agak lama juga Syu tak post sesuatu dekat blog. Selalunya dalam selang dua tiga hari mesti ada up post. Tapi, sejak Jumaat lepas mood kemalasan menghadap papan kekunci ni makin menjadi. Kalau ikutkan, ada banyak cerita yang nak dicelotehkan di Blogger ni. Tapi, tak tercoret dek jari jemari Syu ni 😅. Harap Syu boleh kekal konsisten dalam dunia blog ni walaupun hanya sekadar part-time.



Kadang-kadang terfikir jugak, macam mana blogger hebat dekat luar sana boleh maintain & kekal kosisten dalam menulis blog. Boleh up gambar cantik-cantik. Menulis panjang-panjang. Hari-hari ada sahaja post & content yang vavavom. Macam Syu ni memang jauh sekali lah jika nak dibandingkan. Menulis pun ikut mana dan. Keyword dalam menulis jangan cakaplah. Memang hentam kromo jer. Blog niche pun sama. Tak tahu fokus utamanya dekat mana 😂. 



Sebelum kewujudan syuderis.com ni ramai blogger-blogger hebat berkampung dalam Kelab Blogger Ben Ashaari. Kelabnya masih ada lagi sehingga ke hari ni. Tapi, macam mana nak join kelabnya yer. Ada siapa-siapa tahu? Setakat ni Syu hanya joined Kelab Blogger Malaysia dekat Facebook jer. Ada tak siapa-siapa antara kalangan rakan blogger yang rajin, lincah & cerdas dalam bab-bab kelab ni? Dapat buat setahun satu event kumpul semua blogger-blogger dekat Malaysia pun syok jugak. Bukan apa, teringin jugak nak beramah mesra duduk sembang santai-santai dengan rakan-rakan maya ni 😁. Baru meriah muhibbah dapat kelab-ing macam ni. Nak buat kelab sediri tak reti sebab tak cukup berkaliber 😆. Kabel pun tak berapa nak kuat. Harap sangat kalau ada "someone" yang dapat buat macam Ben Ashaari tu. Baru betul "Bukan Sekadar Blogger". Okey done berceloteh!!😛

Comments

  1. Bila penyakit M dah datang, maunya makan banyak hari tak update. Fiza pun last two weeks lansung tak update. Semuanya dek kerana penyakit M.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak bendung bila penyakit "M" ni datang kan 😂. Kalau makan banyak hari tak mengapa. Takut diganjaknya bawak makan bulan, makan tahun. Mahu bersawang blog.

      Padam
  2. kan? entri panjang² setiap hari... padahal kita sama je 24 jam sehari... kita buat kelab blogger mak² kita sendiri lah syu... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu nak create satu post pun kadang2 makan hari nak menaip Kak Mim. Dalam draft Syu saja berpuluh tajuk dah ready. Cuma nak mengarang tu sikit punya "M". Bapak punya tepu kepala otak Syu. Ha3 😂.

      Syu mak "bulus", kira mak-mak jugak kan. Nak buat boleh. Janji Kak Mim jadi pengerusi 😁. Syu tak cukup berkaliber. Awal2 bagitahu. Heee~

      Padam
  3. Ammi pun xde join mana2 kelab blogger. Tak reti.

    BalasPadam
  4. Sebut kelab ini Ben memang terkenal. haha. Tapi Naim x join pun. dia aktif sejak 2013 lagi kalau tak silap Naim. bab malas sama dengan Naim haha

    BalasPadam
  5. Penyakit M akak datang bila link blog akak kena banned ngan FB...x leh nak ping entry kat mana- mana fb group dah...sedey..sejak tu penyakit M tu melanda..hahahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!