Ber- Wakaka Hari Ni

September 27, 2021

Wakaka

Di petang Isnin yang panas litlit ni Syu sempat habiskan sisa-sisa waktu WFH yang ada untuk Syu keluar santai-santai dengan husband Syu. Bukan apa, hari Jumaat ni dah kena start masuk kerja macam biasa dah. So, lepas ni takkan ada dah masa senggang Syu nak santai-santai melainkan hujung minggu. Kalau ikutkan Syu tak nak keluar pergi mana-mana pun hari ni. Tapi bila encik somi dah ajak, kita turutkan jelah.

Actually, hari ni  husband Syu kena pergi sukat uniform kerja dekat satu tailor di pekan Ipoh sebab uniform yang dia pakai sekarang ni dah tak boleh pakai dah. Lagipun uniform tu untuk kegunaan sementara jer & sepatutnya dipakai oleh department lain. So, nak tak nak kena lah tukar jugak.  Yang tak syoknyer bukan apa, uniformnya dah tukar jadi set baju kemeja. Dulu jaket tak payah sibuk-sibuk Syu nak iron. Bila dah tukar kemeja kenalah spentime sikit untuk sesi mengosok baju. 


Lepas jer pergi tailor shop, niat hati kononnya nak dine-in lah dekat kedai Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat Ipoh. Sedih. Diorang masih belum buka lagi untuk dine-in😒.  Jadi, tapau balik dine-in dekat rumah jelah penyudahnyer. On the way nak balik tu, husband ajak pulak pergi kedai Eco 2 dekat Simpang Pulai. Puncanya nak beli toilet gel stamp jer. Bukan apa, husband Syu suka tengok toilet bowl ada bunga-bunga kat dalamnya. Tambah pulak bila flush tu ada bau wangi. Kalau ikut Syu, memang Syu takkan pakai benda-benda macam tu. Bukan apa, payah nak nyental dalam mangkuk tandas tu πŸ˜†.



Bila singgah nak berbeli stok pulak tak ada. Memang laku keras jugak benda tu πŸ˜ƒ. So, husband gigih ajak pergi ke Eco 2 Batu Gajah pulak. Pun tak ada stok. Nampak gayanya kena beli dekat Shopee jugaklah jawabnyer. Bila nak berbeli tu dah tak ada, macam biasa lah. Mesti ada buat selingan lain punyaπŸ˜‚. Ngam-ngam keluar kedai Eco 2, nampak pulak kiosk Wakaka dekat sebelah. Apa lagi, menabur duit dekat situ lah pulak. Tapi kitorang tak order banyak pun, sebab tak nak membazir. Lagipun dalam kereta ada lagi benda pemakan yang kitorang dah beli. Takut nanti tak termakan 😁.


Wakaka
Katanya nak order waffle. Tapi pergi tengok air tu dah kenapa πŸ˜†.

Jadi, inilah hasilnya yang sempat kitorang laki bini grab dekat Wakaka. Sedap air dari Wakaka ni. Boba dia senang jer nak kunyah. Tak macam yang brand satu lagi tu. Nak kunyah sikit punya bercinta. Macam makan chewing gum πŸ˜‚. Syu, tak ingat berapa total semua ni tadi. Sebab resit dah selamat masuk dalam tong sampah. Rasanya dalam RM12 kalau tak silap. Yang Syu perasan tadi, air boba ni RM7 untuk satu cup. Boleh lah kan. Sekali sekala nak merasa. Kalau hari-hari tala air ni, memang potong kaki jawabnyer.


Wakaka
Kitorang just beli Brown Sugar Boba Cappucino & waffle . 

Comments

  1. cute trademark dia , makan minum sampai wakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Memang ber-wakaka lepas makanπŸ˜†. Hi3.
      Dia punya logo pun boleh tahan cute.

      Padam
  2. Dekat kedai eco tempat kak shida pn ade juga kedai wakaka ni..tp kan xpernah lg membeli hahahaa ^_^ xpe next time kena order juga pape..hehee lama dah tenang kedai depa tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak. Waffle pun lembut jer πŸ˜‹.

      Padam
  3. ammi beli toilet gel tu kat DIY je slalu. kat area rumah ni xde Eco tu yg leceh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat DIY ada ekkkkk...Tengok DIY kat area Syu ni macam tak hado jer. Ke orang Ipoh dah borong habis πŸ˜‚. Even kat kedai Eco 2 pun licin licau πŸ˜….

      Padam
  4. Boleh invest beli iron steamer yg portable tu kak. Takde dah nak penat gosok tekan-tekan haha. Kakak saya beli gel toilet haritu buat cuak je sbb ingatkan flush tak habis. Sabun rupanya πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jer garment steamer kat rumah ni NaSa. Sejenis akak ni tak suka iron baju πŸ˜†. Lipat baju pun sama!! Ha3. Kalau beli baju, semua yang jenis iron less punya. Jadi, takdelah nak kena menggosok😁.

      Kan. Risau jer kalau membuang ada tinggal sisa πŸ˜‚. Tambah pulak bila dah ada benda dok tepek-tepek dekat toilet bowl tu πŸ˜…. Kalau jenis b*r*k tak semenggah tak tahu lah 😝.

      Padam
  5. La..nama mcm tu pun ada.. ni trus tringat lagu World Cup Shakira dulu.. 🎢Waka Waka Eeh..πŸŽΆπŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aipppp...jangan nyanyi!! Nanti termenari🀣. Ha3πŸ˜†.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!