Batik Jewellery Pouch Dari Hadiah Giveaway Shalimaryusof.com

September 04, 2021

Untuk pengetahuan korang, hadiah giveway ni dah lama dah Syu terima sebenarnya. Hari ni baru Syu ada kesempatan nak buat review. Kalau ikutkan Syu tak tahu pun Syu menang giveaway Shalimaryusof.com ni. Lepas Sha email Syu, baru Syu tahu. Sambil-sambil bagi details, sempat jugaklah sembang-sembang. Tak sangka, rupa-rupanya Syu duduk dalam daerah yang sama dengan Sha 😁. Nanti ada freetime kita pergi mengopi okay! By the way, terima kasih untuk hadiah ni. Cantik sangat. Kain pun lembut & agak selesa untuk dipakai. 



Memandangkan corak batiknya cantik. Maka tercetuslah idea nak buat projek menjahit. Syu plan nak jahit kain ni jadi jewellery pouch. Jadilah buat sesi panas tangan. Lama jugak Syu tak pegang mesin jahit 😅. Rasa macam dah berkarat dah skill menjahit Syu. Last pegang pun sebab nak alter seluar kerja husband. 



KENAPA JEWELLERY POUCH? 


Masa Syu kerja dekat NGO dedulu, jewellery pouch ni antara kraftangan yang orang kelainan upaya (OKU) dekat situ jahit. Bila tengok diorang buat macam senang jer. Bila dah try sendiri, baru tahu susah & renyah 😂. Especially bila nak jahit bagi betul-betul bulat. Almaklumlah, Syu punya skill menjahit bukan lah skill tahap dewa. Menjahit pun pakai mesin jahit cikai jer. Kekemasan jahitan tu mungkin tak sehebat mesin jahit industri yang ada kat luar sana. 


Sepanjang Syu kerja kat NGO, Syu memang berkenan sangat dengan jewellery pouch ni. Nak beli mahal 😅. Sebab harganya harga kayangan. Selalunya dato-dato & datin-datin jer yang datang singgah ke gallery untuk beli. Diorang mampu. Kita yang tak mampu ni belajar jelah sikit-sikit dari tukang jahit. So dapatlah belajar sikit-sikit macam mana nak buat. Tada!! Akhirnya, Syu dapat hasilkan beberapa jewellery pouches. 


Batik jewellery pouches
Comel kan? Kalau guna untuk buat gift pun cantik 😊💕. 


Sepasang dari kain batik tu Syu gunakan untuk projek menjahit Syu ni. Balance dua pasang lagi mungkin akan Syu gunakan buat baju kelawar. Baru gah sikit nak terbang-terbang dalam rumah. Tambah pulak warna & design batiknya cantik. Kain pun lembut & tak panas. Memang helok sangat. Lagipun, jahit baju kelawar bukan susah mana pun 😁.


Dalam jewellery pouch ni ada beberapa compartment kecik yang korang boleh isi.

By the way untuk pengetahuan korang, jewellery pouch ni bukan biashe-biashe tau. Dalam dia ada lagi compartment kecik-kecik yang korang boleh selit segala macam mak nenek aksesori & hiasan tudung. Contoh macam kerongsang, rantai & cincin. Bila masuk semua sekali dalam pouch, tak adalah pening kepala nak bercari. Sebab semuanya dah duduk sekali dalam satu pouch. Senang kan. Ada yang berminat tak? Kalau ada, Syu nak open order. Ha3 😆. 

What My Bawagian Says

  1. Ya Allah kak, kenapa akak kreatif sangat ni. saya ada mesin menjahit tapi otak tak kreatif nak menjahit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi3. Mekaseh NJ. Nak kata akak kreatif sangat tu idaklah. Ada masa otak tepu jugak tak tahu nak jahit apa 😅.

      Padam
  2. Alhamdulillah cantiknya pouch ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah kalau takat nak jahit sikit-sikit tu Ibucida 😁.

      Padam
  3. Alhamdulillah, tahniah kak syu! Cantikkkk pouch nya, warna cantikkk! Rajinnnnn ye kak syu buat, kalau saya ni, jangan harap lah hahahaha. Tahap kemalasan tak tahu lah tahap ke berape >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...mekasih Tiqah!! Cantik kan warnanya. Mula-mula tak berani jugak nak guna kain menang giveaway ni buat pouch sebab tengok kuningnya macam terang sangat 😅. Lepas dah jahit, elok pulak rupa dia 😊💕.

      Padam
  4. Alhamdulillah..tahniah dapat hadiah kain batik corak cantik. Terang warna kuning tu menarik. Pandainya jahit pouch tu. Tak sangka dalam dia banyak compartment macam tu. Menarik lah mudah nak selit brooch. Tapi saya tak pakai brooch dah. Pakai pin je. Letak bekas pin pun nice jugak. Haa kalau open order tu berapa agak agak. Kot kena dengan bajet okaylah :)

    BalasPadam
  5. Memang cantik coraknya kan kak. Nampak menyerlah warna kuningnya. Tambah bila dah buat jadi pouch.

    Bolehlah takat jahit sikit-sikit tu kak. Nak kata terer sangat tu taklah. Kalau akak nak beli, saya jual dalam RM20 (termasuk postage) jer untuk satu pouch 😁💕.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!