Temuduga Rumah Perakku

November 28, 2021

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.


Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat. 



Untuk makluman korang, sesi temuduga Rumah Perakku ni dibuat di Dewan Komuniti Chemor. Kalau ikutkan, Syu boleh jer nak pergi sendiri. Tapi, diorang yang offer diri nak temankan Syu. Alang-alang diorang nak ke Klebang ambil anak, so diorang cuba setelkan urusan Syu sekali. 


Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? πŸ˜…). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.


Rumah Perakku
Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin πŸ˜


Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.



Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun dijadikan sebagai homestay. Permohonan tersebut akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain.


Sejujurnya, Syu tak ada lah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. Kalau dapat alhamdulillah πŸ˜ŠπŸ’•. 




BACA JUGA


πŸ‘‰ Perumahan Negeri Perak : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Comments

  1. Balasan
    1. Amin3. Mekaseh mendoakan yer K.Ret πŸ˜ŠπŸ’•. Harap ada rezeki hendaknya.

      Padam
  2. Balasan
    1. Amin...terima kasih mendoakan πŸ˜ŠπŸ’•

      Padam
  3. insyaallah kalau rezeki tak ke mana...temuduga dah. #redha je apa pun keputusan nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Betul. Syu redha jer dengan keputusan tu nanti. Kalau tak dapat, anggap saja tak ada rezeki πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  4. semoga ada rezeki awak...aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin MA. Terima kasih mendoakan πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  5. Mudah-mudahan ada rezeki untuk Syu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CP mendoakan πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  6. Semoga ada rezeki beli rumah pertama ya syu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Juju. Harap ada lah rezeki. Nak juga merasa rumah pertama dari LPHP ni . 😁He2~

      Padam
  7. Semoga ada rezeki Syu, suami dan bakal juniors korang.

    Ammi dulu dpt beli rumah pertama selepas 11 tahun bekerja sbb duit simpanan manjang aja susut.. Ehhh mmg itu jelah rumahnya tade pertama kedua haha

    BalasPadam
  8. Salam puan, apa dokumen kena bawa? Dan pegawai tu temuduga apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Puan boleh rujuk dekat sini πŸ‘‰πŸ»https://www.syuderis.com/2021/12/perumahan-negeri-perak.html?m=1
      Dekat post tu saya ada ceritakan syarat-syarat permohonan, cara membuat permohonan/pengemaskinian, senarai dokumen & proses temuduga πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!