Weekend Lepas Buat Apa Jer?🤔

November 23, 2021

Weekend


Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan 😂. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi.


Itu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas 😂. So, hadap jelah.




SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE


Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space.


Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! 😅. 



Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.



Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Sudahlah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer 😂. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.


Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala 😂.

Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. Jadi, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.





SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER


Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.



Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah 😂.


Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas 😅.


Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 😅. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? 😕Tapi, rasa macam tak...Entahlah.



Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak 😅. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama sahaja Syu buang.


Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam.


For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" &  "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu 😂.


Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati 😊💕. Terima kasih!!

Comments

  1. kesian kan komen2 yg masuk spam smpi tak perasan pulalk., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak kesian jugaklah sebenarnya. Tapi apakan daya. Kalau tengok blog guna handphone, terus terang cakap...memang tak perasan. Dah lah hanphone besau tapak tangan jer. Tulisan pulak macam semut. Hu3~

      Itu cadang nak upgrade handphone ke IPad. Tapi duit pulak tak mandang 😂.

      Padam
  2. Balasan
    1. Mekaseh wak sudi jalan-jalan kat sini. Nanti ada kesempatan Syu jalan-jalan blog wak pulak yer 😊💕.

      Padam
  3. pernah kena jugak, komen2 masuk spam...x tau la. but bila nampak tu, laju je publish kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam Syu ni memang payah nak nampak MA sebab selalu tengok Blogger guna handphone. Dahlah handphone nya besar tapak tangan jer. Tulisan usah dikenang lah. Besar semut lagi 😂. Kalau balas komen pun random jer mana yang sempat.

      Hari ni pun masih ada lagi komen yang masuk dalam awaiting list & spam. Tapi Syu cepat-cepat klik publish. Harap kali ni tak ada yang Syu terlepas pandang 😊💕.

      Padam
  4. ammi sekarang ni tiap kali check comment ammi mesti check kat spam sekali..sbb haritu bersusun-susun kat situ. apa kene ntah

    BalasPadam
  5. Busy nau nau ni. It's okay Syu. Delete je mana komen saya yang duplicate tu. Kadang komen tak confident lepas ke tidak. Sekarang ni memang kena check spam jugak. Ada je komen masuk kat situ. huhu...

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!