Dangal (2016)

November 26, 2021

 

Genre : 

Action, sport & drama


Pelakon : 

Amir Khan [Mahavir Singh Phogat], Sakshi Tanwar [Mahavir's wife], Fatima Sana Shaikh & Zaira Wasim [Geetha],  Sanya Maholtra & Suhani Bhatnagar [Babita Kumari], Aparshakti Khurana & Ritwik Sahore [Omkar], Girish Kulkarni [Pramod Kadam/ Geeta's coach]


Pengarah : 

Nitesh Tiwari


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Agak lama juga Syu tak buat movie/filem review yer. Actually, ada banyak cerita yang Syu shortlisted untuk di review di blog. Cuma  idea nak mengarang tu macam ke laut sikit. Okey!! Without further ado, kali ni Syu nak review satu filem Bollywood yang best untuk dijadikan tontonan seisi keluarga. Jalan cerita, penjiwaan & sumbangan pelakon dalam filem ni memang terbaik. Korang bayangkan, si Amir Khan selaku hero dalam filem ni sanggup berlakon & berusaha menguruskan badan dia semata-mata nak bagi nampak real dalam lakonan dia. Selama 6 bulan dia ambil masa untuk lakonkan kembali watak Mahavir Singh Pogat dalam versi muda. Dari badan segemuk-gemuk alam dia sanggup kuruskan badan dek kerana passionnya dalam bidang lakonan. Ini baru betul-betul menjiwai watak 👏.



Kalau korang nak tahu, filem Dangal ni diadaptasi dari kisah sebenar dua orang atlet gusti wanita di India. Mereka berdua adalah Geetha Pogat & Babita Kumari. Mahavir Singh ni boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang hebat juga dalam bidang gusti. Suatu ketika dulu, dia juga merupakan atlet gusti di peringkat kebangsaan. Namun, dia terpaksa melupakan minat & passionnya dalam bidang gusti setelah dia berkeluarga. Dalam filem ni diceritakan bagaimana Mahavir menjerumuskan dua anak perempuanya Geetha & Babita ke dalam bidang gusti. Pada awalnya, Mahavir Singh nak kan sangat anak lelakinya mewarisi kebolehan bergustinya tu. Tapi malangnya, semua anak-anak yang dilahirkan adalah perempuan. 😅 Kesian...



Sampailah satu ketika tu, si Geetha & Babita ni tertangkap bergaduh dengan budak-budak lelaki di kampung dia. Dari situ Mahavir sedar yang anak-anak perempuannya juga boleh dibawa ke gelanggang untuk bergusti. Gara-gara pergaduhan tu, bermulalah hari-hari malang dua beradik ni. Setiap hari diorang terpaksa bangun awal, dipaksa berlari, makan makanan yang berprotein tinggi & berseluar pendek macam budak-budak lelaki yang lain. Malah, kepala diorang yang berambut panjang tu juga habis ditogelkan [😂 Togel betul-betul yer. Bukan togel tipu-tipu tau].



Pada awalnya, dua beradik ni memberontak juga. Tapi, selepas dinasihatkan oleh kawan diorang. Baru diorang sedar yang ayah diorang cuba menjadikan diorang wanita yang jauh  luar biasa berbanding wanita-wanita lain di India yang hanya menghabiskan sisa hidup remaja dengan berkahwin, beranak-pinak & duduk di ceruk dapur. Apa jadi lepas tu? Yang ini korang kena tengok sendiri. Tak bestlah kalau jadi spoiler. Syu cerita sikit jer sebahai teaser. Yang pasti filem Bollywood ni antara filem lakonan Amir Khan yang terbest Syu pernah tengok selepas 3 Idiots. Berapa bintang?? Tu kat atas tu 👆☝.

Comments

  1. best jugak. tp kite lebih suka filem bhangjrangi bhaijan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni boleh geng ngan suami akak 😅. Dia pun suka sangat cerita Bajrangi Baijan tu. Kalau tengok YTube, cerita itu lah dok diulang2 nya.

      Padam
  2. Hahahaha puteri sulung saya cerita katun pun dia nangis. Industan 10 kali ulang, 10 kali tu la nangis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😅 Lah...dah kenapa menangis. Tak suka tengok cerita kot.
      Lepas ni kalau nak tengok cerita, tengok sengsorang jelah. Kesian dia nangis2 .

      Padam
  3. saya suka filem ni. siap tengok kat wayang lagi. mula-mula macam kesian kat anak-anak dia tapi pastu rasa cam eh bagus jugak ayah dia buat gitu. yup, probably antara filem Aamir Khan paling best

    BalasPadam
  4. 2-2 cerita aamir Khan ni ammi dh tgk.. Banyak bintang gaklah.

    Awak dh tengok lom cerita budak dyslexia tu.. Best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita budak disleksia tu dah tengok dah. Cerita tu pun best jugak. Taare Zameen Par tajuknya kan? 😁 He2~

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!