Merdeka Giveaway by TarotTheFool

Julai 26, 2021

Sambil-sambil Syu blogwalking & baca post rakan-rakan blogger. Syu ternampak post dari sis As kita pasal Merdeka Giveaway ni. Rasa tertarik pulak nak join. Tengok tajuk giveaway TarotTheFool, macam tak percaya bulan Julai dah nak sampai penghujung. Pejam celik tak lama lagi kita semua dah nak masuk bulan merdeka. Sejak lockdown ni,kadang-kadang tarikh & hari pun Syu lupa πŸ˜‚. Hari ni dah masuk hari Isnin, Syu ingat hari Ahad. Dah jadi macam orang bodoh asyik duduk rumah memanjang. 

Rindunya nak kembali bekerja macam biasa. Makan-makan dengan office mates. Kena tempelak dengan boss (dah lama tak kena sepanjang 6 tahun kerja ni πŸ˜…). Syu WFH pun dah macam jadi penganggur tegar jer sekarang ni. Celik mata tutup mata. Makan tido. Badan pun dah macam bini Shrek si Princess Fiona tu. Cuma tak hijau jer πŸ˜†.

Semalam masa dok tengok TV dengan husband, dia pesan suruh tukar jadual kehidupan. Syu pun dah pening nak tukar macam mana πŸ˜†. Husband Syu kerja tak ngape lah. Syu ni tak dibenarkan bekerja. So, nak buat apa jer dekat rumah. Nak pergi membawang pun takot. Paling kurang pun boleh luangkan masa dengan pokok-pokok & budak tiga ekor yang tak dengar kata tu jer. 

Geram pulak tengok tuan tanah ni bergambar kat pantai. Rindunya nak bercamping. Barang camping Syu pun dah berhabuk dah duduk lama-lama dalam stor. 

Ehhh...Kejap!! Macam jauh jer Syu melalut ni πŸ˜…. Ni giveaway pasal Merdeka kan? Ha3. Tu pasal Syu ni tak boleh start create post. Suka sesat jalan kalau bercerita. Actually Syu nak war-warkan pasal giveaway ni jer. Tak sangka jauh beno menyimpangnyer. Pada korang yang nak join giveaway ni, boleh tengok syarat penyertaannya kat bawah ni okey. Then, klik banner untuk pergi ke laman tuan tanah TarotTheFool untuk tinggalkan link penyertaan korang. 

Syarat penyertaan :


1. FOLLOW blog Young Blood & penselduabee

2. FOLLOW instagram mustazarazali & radhia87

3. ADD Facebook Radhia Razali

4. TULIS ENTRY bertajuk "Merdeka Giveaway by TarotTheFool", letak banner & backlink ke entry tuan tanah.

5. Tinggalkan LINK PENYERTAAN di ruangan komen (WAJIB).

6. SHARE entry korang di Facebook.

7. CERITA sikit apa hajat korang bila tamat PKP.


Untuk pengetahuan korang, Merdeka Giveaway ni akan berlangsung dari 24.07.2021 sehingga 31.08.2021 (11.59 malam). Keputusan pemenang akan diumumkan pada 05.09.2021. Mereka yang bertuah akan memenangi: 


Chloe Perfume

One Spring Chrysanthemum Moisturizing Gift Set

Victoria's Secret Pure Seduction Frosted Perfume

Home Textile Face Towel

Set Pelentik Bulu Mata

 2x Topup RM10.00


Menarik kan hadiah-hadiahnyer. Apa tunggu lagi? Jom meriahkan giveaway anjuran TarotTheFool ni. Mana tahu ada rezeki korang untuk menang. By the way, pemilihan pemenang akan dipilih melalui Random.org okey πŸ˜‰πŸ’•. All the best!! 

Comments

  1. Balasan
    1. Terima kasih. Amin. Harap ada lah rezeki untuk Syu 😁.

      Padam
  2. Tudiaaaaa mukadimahhh dia hahahahaha. Kemain! :P
    Btw goodluck and all the best kak syu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah taip panjang-panjang baru perasan mukadimahnya jauh menyimpang. So,proceed jelah πŸ˜….Tulisan yang sememangnya tulus ikhlas dari hati ke jari-jemari 😁.

      Makceh.Join tau!!Penat taip panjang2 nih!!Ha3 πŸ˜†.

      Padam
  3. Balasan
    1. Mekaseh Nina. Jangan lupa join tau!! Baru syok ada pesaing 😁.

      Padam
  4. Balasan
    1. Jemput join jugak yer Naim.Baru meriah ramai2😁.

      Padam
  5. eh ada segmen baru, bookmark lu, sat gi join. all the best kak syu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...bookmark siap2 tau!!😁
      All the best jugak untuk AO.

      Padam
  6. Senang je syarat dia...

    Good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah, senang jer syaratnya Uncle Gedek. Jemputlah join sekali meriahkan GA tuan tanah 😁. BTW, terima kasih untuk wish!!

      Padam
  7. Selamat bersegmen.. Nampak unik segmennya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Fairus.Jemput join jugak meriahkan GA tuan tanah 😁.

      Padam
  8. gud luck. Selamat bersegmen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh. Selamat bersegmen jugakπŸ˜ŠπŸ’•

      Padam
  9. Tak berkesempatan lagi nak sertai..
    Semoga ada rezeki Syu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ngape. Masih ada masa lagi. Cubalah, mana tau ada rezeki Sha 😁.

      Padam
  10. Balasan
    1. MekasehπŸ˜ŠπŸ’•. All the best jugak!!

      Padam
  11. Selamat berGA & Semoga berjaya. Datang singgah dan support dari GA yang sama :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/08/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    BalasPadam
  12. Terima kasih kerana join Merdeka Giveaway, boleh semak senarai pemenang di link di bawah

    https://tarotthefool.blogspot.com/2021/09/pemenang-pemenang-merdeka-giveaway-by.html

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum sis, sis telah jadi salah seorang pemenang Merdeka giveaway. BOleh tinggalkan email ya untuk urusan pemberian hadiah.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!