Minum Petang Hari Ni

Julai 14, 2021

Kuih roti jala

 

Semalam tak berapa nak sihat. Barangkali demam tukar domain agaknya πŸ˜‚. Sepanjang hari Syu sakit kepala & selesema. Jangan kata nak layan blogger, mood nak masak pon memang jauh ke laut Hindi nun. Tapi sakit-sakit pun tetap kena masak. Tak masak mahu kebulur jawabnyer. Hari ni alhamdulillah dah sihat sikit. Tekak pun teringin nak makan sesuatu yang simple-simple jer petang-petang ni. Memandangkan baki kari semalam masih ada lagi. So, Syu pun buatlah roti jala. Sayangkan kari semalam. Dapat makan dengan roti jala pun okay jugak kan. Rasanya Syu tak payah selitkan resepi kot. Sebab Syu tahu mesti ramai yang dah expert buat roti jala ni. Jadinya, Syu cuma tunjuk apa yang Syu dah buat jer untuk Syu punya minum petang hari ni.


Published from Blogger Prime Android App

By the way, jumlah kes COVID-19 semalam boleh tahan jugak yer peningkatannya. Paling Syu Seram bila tengok apa yang jadi dekat Covid Assessment Center (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor kemarin. Bayangkan lah punya ramai orang datang buat penilaian Covid-19 sampai dekat 4K. Dengan bawak anak kecik lepastu beratur pulak tengah-tengah panas. Allahuaakbar... Gila ke apa? Syu paling kesian dekat frontliners. Sedih tengok video bila ada sorang frontliner tu sampai jatuh terseliuh semata-mata nak selamatkan pesakit. Ya Allah...cepatlah hendaknya Covid-19 ni berlalu. Bukan apa, majoriti frontliners kita banyak yang dah burnout. Kesian dekat diorang 😒. 

Comments

  1. Uishhhh penangan tukar domain sampai tak sihat ye hahahaha :P
    Betul kak syu, yang beratur panjang panjang tu ya Allah kesiannya kita tengok, lagi kesian dengan frontliners hmmmm. Bilalah semua ni nak berakhir kan :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stress!!Ha3πŸ˜‚
      Ni pun dapat create satu post jer.Ke laut dah mood bila ada nampak error.Nak create post pon tak boleh sebab compose view tak boleh bukak.Tak tahu lah pasal apa pulak kali ni.Semalam reading list. Hari ni dia mai pulak isu lain.

      Betul.Seramlah tengok macam tu.Dengar kata semalam CAC tu tutup sebab ada frontliner yang positif Covid-19 & siapa yang ada dekat sana kena buat self kuarantin 10 hari.Kesian tau...dahlah penat nak layan pesakit, lepas tu kena jangkitan pulak 😒.

      Padam
  2. sedapnya roti jala
    semoga covid ni cpt2lh hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadilah Rabiah, buat kudap-kudap minum petang.

      Amin.Akak pun harap sangat Covid ni cepat reda.

      Padam
  3. Selamat menjala roti
    Dapat cicah kari kambing bestnya

    BalasPadam
  4. heheheh sama la berbuka tadi ada gak buat roti jala ni ngan kuah kari..:D

    BalasPadam
  5. Sedap tu. Lama tak jumpa di jual hehe. Stay safe dan semoga cepat sihat kak :)

    BalasPadam
  6. Itulah...kita pun hanya mampu doa dan duduk rumah je sekarang bagi tidak menjadi penyumbang angka tu tinggi.

    Sedapnya roti jala...teringat bulan ramadhan...

    BalasPadam
  7. Roti jala cenggini baru kena dengan tekak. πŸ‘

    BalasPadam
  8. Sedapnya roti jala . CCL selalu cicah kuah kari & kuah sardin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn...tapi kalau dapat cicah dengan kuah durian pun sedap jugak!! Tambah-tambah tengah musim ni😁

      Padam
  9. Sedapnya Roti jala. Saya pun sedih dengan keadaan covid dan frontliner sekarang. Semoga baik baik je kita semua

    BalasPadam
  10. Cantik hasil menjala Syu. Tu dia penangan tukar domain, macam tu sekali. hihi..Semakin risau fikirkan hal covid sekarang ni.

    BalasPadam
  11. Sedap tu.. Antara makanan kegemaran.

    BalasPadam
  12. Semoga cepat sihat ye Shu...kadang tgok angka kes Covid ni boleh buat kita yang sihat jadi tak sihat kan...cantik kejadian roti jala...kebetulan kat blog akak ada story Roti Jala Jelita...jemput la singgah

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!