Dapat Hadiah Dari La Petite Kiosque!!

Julai 08, 2021

Hadiah review bisnes

Hadiah

Korang ingat tak beberapa hari yang lepas Syu ada create satu post promote bisnes kaftan batik dari La Petite Kiosque [BACA SINI]. Tak sangka hari ni Syu terima sepasang kaftan dari Sis Iffah sebagai token tanda terima kasih sebab sudi promote bisnes kedai dia. Memang tak sangka betul πŸ˜ƒ. Padahal Syu saja-saja tolong promotekan. Betul lah orang kata, rezeki tu memang tak salah alamat. Actually beberapa minggu yang lepas, Sis Iffah ada mentioned dalam Tik Tok yang dia perlukan someone untuk beli & support bisnes kaftan dia. So, Syu pun direct message (DM) Sis Iffah & offer untuk tolong promotekan tanpa mintak apa-apa bayaran pun. FOC lah mat salleh cakap!!πŸ˜† 

Kaftan batik

Niat asal Syu sebenarnya nak tambah content dalam blog jer πŸ˜…. Bukan apa, sebab kadang-kadang Syu sampai ketandusan idea tak tahu apa nak dicelotehkan dekat Syu punya blog. Padahal banyaknya benda nak diluahkan. Cuma feel tu tak ada. Sebenarnya, promote bisnes orang ni tak ada pun dalam misi & visi Syu berblog. Bila buat macam ni, kira selingan lah kepada celoteh harian Syu. At least tak adalah korang rasa berat sangat nak nak singgah jenggah blog Syu. Takkan asyik nak tulis sinopsis & review movie jer. Bosan jugak nak baca kan. Tapi tu lah, Syu tak sangka pulak hasilnya sangat memberangsangkan πŸ˜†. Busuk-busuk dapat jugak kaftan sehelai. Batik Terengganu pulak tu.  Alhamdulillah lah kan. Nampak gayanya, boleh buat lagi lepas ni. Mana tahu boleh dapat hadiah barang dapur seumur hidup pulak 😁. Siapa tahu? Tak dapat duit pun tak ngapa. Apa-apa pun, alhamdulillah & terima kasih sekali lagi pada tuan tanah La Petite Kiosque atas pemberian ni. Warna & corak cantingan kaftan memang cantik sangat!! Saiz pun padan dengan Syu!! Pandai Sis Iffah agak πŸ˜‰.


Kaftan batik

Pada yang berminat, korang boleh luangkan sedikit masa dengan singgah instagram La Petite Kiosque atau WASSAP jer Sis Iffah untuk terus buat pembelian. Nampak tak, sempat lagi promote!!πŸ˜† 

Comments

  1. Alhamdulillah rezeki kak syu kann :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul rezeki.Niat nak tambah content blog jer.

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki kak tu
    Cantik kaftan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Rabiah.Betul, memang cantik kaftan ni.

      Padam
  3. macam cantik je kaftan tu. Rezeki kan, kita beli untuk tambah content tapi sebenarnya dah bantu peniaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik kaftannya.Syu tak beli pun Farhana.Dapat percuma sebab tolong promote bisnes dia.

      Padam
  4. Betul Naim.Rezeki jangan ditolak.Orang dah bagi kita sebat jer 😁.

    BalasPadam
  5. Comel hadiahnya. Memang rezeki tak salah alamat kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Alhamdulillah. Niat asal nak tolong kawan-kawan jer promote business. Tak sangka dia hadiahkan sepasang 😁.

      Padam
  6. Balasan
    1. Betul memang cantik. Sekarang banyak design baru dah masuk kedai La Petite Kiosque. Kalau CCL berminat, boleh tengok dekat insta. Tak pun DM jer sis Iffah terus okey 😁.

      Padam
  7. comelnya kaftan.
    ada kartun tu :)

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!