Streaming Movie Dengan Harga Mampu Langgan!!

Jun 06, 2021

😁 Sejak lockdown ni kan, Syu hari-hari nampak abam Jularipin kita kat TV sibuk dok iklan pasal Disney+Hotstar. Even YTubers kat luar sana pun banyak bercerita pasal video streamer ni. Best sangat ke kan? Okay, pada yang belum tahu, Disney Hotstar ni merupakan salah satu platform penstriman video terbaru di Malaysia. Disney Hotstar ni kira macam kembar Netflix & Viu lah lebih kurang. Tapi pada harga yang sememangnya mampu langgan. Untuk pengetahuan korang, video streamer ni baru jer dilancarkan pada 1 June hari tu. Hari ni kira dah masuk hari ke enam pelancaran. Tak sampai seminggu pun lagiπŸ˜‚. Tu pasal kalau kat TV tu korang boleh tengok iklan diorang saja yang dok meletup-letup keluar πŸ˜‚ . Benda baru kasi promote kaw-kaw la kan.

Tengoklah harga dia. Murah giler!! Busuk-busuk harga sebulan RM18.30 jer. Even mahal sikit RM1.30 berbanding Netflix, tapi di Netflix korang hanya boleh guna untuk dua jenis peranti jer iaitu handphone & tablet untuk akses masuk. Itu baru plan mobile jer tau. Kalau korang nak tengok guna TV korang kena upgrade & langgan ke plan yang lain, yang mana harga sebulan dia mungkin lebih kurang dengan harga langganan tiga bulan Disney+Hotstar πŸ˜‚. 


Actually, Syu dah upload dah apps Disney Hotstar ni dekat phone. Tapi Syu masih belum langgan lagi 😁. Setakat ni Syu tengok apps dia macam senang jer nak guna. Even nak register pun takdelah renyah sangat macam nak register Netflix & Viu tu. Nak kena isi password bagai. Kita ni dahlah banyak password nak kena ingat. Kalau kat Disney+Hotstar ni senang. Nak sign up & log in, korang just perlu key-in phone number jer. Once korang dah submit, korang akan terima SMS notification berupa 4 digit kod untuk terus mengakses.

Pada yang dah langgan Disney+Hotstar ni korang bolehlah sharekan pengalaman korang dekat ruangan komen. At least, kita sama-sama boleh tahu okay ke tidak video streamer yang baru dilancarkan ni πŸ˜ƒ. Syu pun akan cuba langgan & reviews pasal Disney+Hotstar dari semasa ke semasa. Syu pun nak tahu jugak sejauh mana hebatnya movie-movie dalam Disney+Hotstar ni. Agak-agak boleh challenge Netflix tak?Tunggu Syu punya review okay!!πŸ˜‰


Comments

  1. Nampak macam best tapi sekarang dah ada dua langganan hehe, netflix dengan viu. So next time boleh dipertimbangkan disney+ ni kalau good review :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...macam best kan...
      Akak pun baru sign up jer🀣
      Takpe,nanti akak dah langgan akak wat review.Ada sikit point nak bercerita😁.

      Padam
  2. Sama, kak ret pun mcm tiqah... dah ada viu n netflix...
    Astro pun dah terminate...
    Takut byk2 sangat tak terlayan nnt ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kak ret, betul tu. Banyak banyak nanti tak tertengok semuanya hahaha, dah membazir pulak >.<

      Padam
    2. Syu tiga-tiga ni takde Kak Ret. Baik Viu, Netflix & Astro πŸ˜‚. Selalu kalau nak layan movie & drama Syu tengok kat group FB jer. Selebihnya layan YTube πŸ˜†.Ni nak langgan Disney+Hotstar ni pun tengah dok fikir-fikir lagi.Nampak macam berbaloi. Tapi kalau tak terlayan no point jugak kalau dilanggan.

      Padam
  3. Mampu tengok je sebab tak selalu layan movie/drama.

    BalasPadam
  4. Akak sama macam Kak Ret dan Atiqah, dah ada Netflix & Viu. Tu pun kadang-kadang tak tertengok. Tapi, Disney Hotstar ni nampak menarik gak. Nak tunggu review daripada orang yang subscribed dulu.

    BalasPadam
  5. Cik TK tak ada viu netflix astro, semua tak ada. Layan tv myfreeview dan youtube je. Sebab kalau langgan, takut tak tertengok nanti

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!